suria

Wanita mengaku bertahun tak bayar yuran PIBG, hasut orang lain ikut sekali - “Cikgu-cikgu kena usaha cari dana”

Segelintir ibu bapa merungut dan mempersoalkan bayaran yuran sekolah yang didakwa mahal. -Gambar hiasan AI

KITA sering dipaparkan dengan luahan ibu bapa mengenai kos persekolahan anak-anak yang semakin meningkat, bukan sahaja melibatkan yuran wajib malah turut merangkumi yuran tambahan termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Yuran ini lazimnya diperuntukkan bagi menampung pelbagai keperluan sekolah seperti aktiviti kokurikulum, kebajikan murid serta penambahbaikan kemudahan di sekolah. 

ARTIKEL BERKAITAN: "Patutnya percuma saja" - Wanita 'berhujah' minta kerajaan taja buku semua murid... Simpati nasib B40, ibu bapa ramai anak

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda benci jadi orang miskin, perit kenang kisah tak mampu bayar yuran sekolah... Duit gaji bapa habis beli ketum, nombor ekor!

Di Thread, satu perkongsian menarik perhatian ramai apabila seorang wanita tampil menyuarakan pandangannya berhubung yuran PIBG yang disifatkan sebagai tidak wajib dan mungkin membebankan ibu bapa. 

"Maaf nak bagitahu. PIBG tu sumbangan. Tak payah bayar jika tak mampu. Jangan jadikan itu satu bebanan keluarga awak. Saya dah berapa tahun tak bayar," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

Tekanan kewangan sering dirasai ibu bapa setiap kali bermulanya sesi persekolahan. -Gambar hiasan AI

Menurutnya lagi, pihak sekolah juga tidak boleh mendesak ibu bapa untuk membuat bayaran tersebut kerana ia bersifat sukarela dan boleh dilaporkan sekiranya berlaku paksaan.

Dalam masa sama, wanita itu berpandangan bahawa tanggungjawab mencari dana bagi keperluan sekolah atau aktiviti pelajar seharusnya digalas oleh pihak pengurusan dan guru, bukannya dibebankan kepada ibu bapa.

"Kita boleh buat laporan jika mereka paksa. Sebab itu sumbangan sahaja. 

"Cikgu-cikgu yang kena usaha cari dana untuk sekolah. Bukan ibu bapa," tulisnya lagi.

  • Seorang wanita berpandangan yuran PIBG hanyalah sumbangan sukarela dan tidak wajib dibayar.

  • Dia menegaskan pihak sekolah tidak boleh memaksa dan ibu bapa boleh buat laporan jika berlaku paksaan.

  • Wanita itu berpendapat tanggungjawab mencari dana sekolah sepatutnya dipikul oleh pihak pengurusan dan guru.

  • Ramai ibu bapa menganggap pandangannya cetek dan tidak memahami fungsi PIBG.

  • Netizen menyatakan sumbangan PIBG penting untuk menyokong program sekolah dan manfaatnya kembali kepada pelajar sendiri.

Bagaimanapun perkongsiannya mengundang kecaman majoriti ibu bapa yang menyifatkan pandangan tersebut begitu dangkal dan seolah-olah tidak memahami fungsi yuran itu dengan jelas.

Menurut mereka, kekurangan dana boleh menjejaskan pelaksanaan program sekolah yang akhirnya memberi kesan kepada pelajar sendiri.

"Bukalah mata, pandanglah luas-luas. Bila sistem sokongan bagus (PIBG), sistem sekolah dan guru-guru akan menjadi lebih bagus dan akan dimanfaatkan pada anak.

"Tidak wajib tapi tidak adil anak kita guna hak orang lain yang bayar sumbangan PIBG.

"Kita guru-guru ni kadang macam mengemis ya padahal duit tu untuk anak diaorang juga," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami