suria

"Patutnya percuma saja" - Wanita 'berhujah' minta kerajaan taja buku semua murid... Simpati nasib B40, ibu bapa ramai anak

Harga buku sekolah didakwa mahal. -Gambar hiasan AI

HANTARAN seorang wanita di media sosial yang mempersoalkan tentang harga buku sekolah mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Menerusi hantaran tular itu, dia turut mengetengahkan situasi keluarga kurang berkemampuan dan ibu bapa yang mempunyai ramai anak.

"Kalau mak ayah susah, anak ramai macam mana? Bagaimana nak ke depan kalau perkara asas anak belajar pun tak boleh sediakan? 

Kos persediaan sekolah yang semakin meningkat kini menjadi beban kebanyakan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

Kos persediaan sekolah yang semakin meningkat menjadi cabaran buat ibu bapa. -Gambar hiasan AI

"Tolong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jangan bebankan ibu bapa dengan jumlah yang perlu dibayar untuk buku-buku (anak) mereka.

"Sepatutnya percuma sahaja, ini benda wajib yang anak-anak perlu ada, cukuplah mereka (ibu bapa) terbeban dengan beli pakaian (sekolah) anak.

"Anak-anak mereka bukan beban tapi pendidikan tu sangat penting, tiada mak ayah yang tak mahu bagi terbaik," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda benci jadi orang miskin, perit kenang kisah tak mampu bayar yuran sekolah... Duit gaji bapa habis beli ketum, nombor ekor!

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak lihat ibu batal beli buku sekolah anak sebab tak cukup duit, suami isteri sanggup bantu bayar lebih RM500

Di Thread, seorang individu tampil memberi sindiran dengan menyatakan setiap perkara berkaitan persekolahan sepatutnya diberikan percuma.

Sambil berkongsi hantaran tular tersebut, dia secara sinis menyatakan, perancangan keluarga tidak perlu dilakukan bagi mengawal bilangan anak mengikut kemampuan keluarga.

"Patut semua percuma, apalah KPM! Patut buku sekolah, baju sekolah, pengangkutan, kantin percuma.

  • Wanita persoal harga buku sekolah, minta KPM beri percuma.
  • Bangkit isu keluarga susah dan anak ramai.
  • Pengguna Threads sindir: semua patut percuma, tak perlu rancang keluarga.
  • Hantaran itu tarik perhatian ramai warga maya.
  • Netizen tegur: ibu bapa perlu merancang ikut kemampuan, hargai bantuan.

"Bantuan pun semua dapat, percuma... anak ramai? Tak apa, tak perlu kawal," ujar wanita ini.

Pandangannya itu mendapat perhatian ramai dengan rata-ratanya berharap golongan kurang berkemampuan dapat merancang keluarga.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Apalah pemikiran tu, dia yang beranak ramai tanpa berfikir kualiti hidup anak-anak kemudian nak semua percuma... penatlah kerajaan.

"Pengalaman aku hadap parents Chinese yang susah, naik basikal hantar anak pergi sekolah tapi bab yuran sekolah dan duit buku... sedaya upaya dia bayar walau sikit-sikit. 

"Rasanya RM150 bantuan persekolah tu mencukupi untuk buku-buku. Jangan 'kelepet' duit tu, seorang RM150 ya," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain