suria

Gempar adik mengaku terlanjur dengan BF, famili ambil tindakan matang... Ikut hati nak halau dari rumah, tapi tak tergamak

Apabila ditimpa masalah atau musibah, sokongan ahli keluarga sangat penting. -Gambar hiasan AI

TIADA individu yang terkecuali daripada melakukan kesilapan.

Di Thread, seorang wanita meluahkan rasa hiba apabila mengenangkan kisah adik perempuannya yang terlanjur bersama pasangan.

Meskipun kecewa, namun dia dan keluarga memilih untuk memaafkan kesilapan itu dengan mengahwinkan adiknya bersama lelaki pilihan.

Ibu bapa pasti kecewa apabila mengetahui anak gadisnya terlanjur. -Gambar hiasan

Ibu bapa pasti kecewa apabila mengetahui anak gadisnya terlanjur. -Gambar hiasan

"Aku sebagai kakak sangat sedih apabila adik aku sendiri mengaku depan keluarga yang dia terlanjur.

"Mula-mula tu memang ramai nangis dan kecewa tapi kami semua tak sampai hati untuk halau dia dari rumah.

"Jadi kami kahwinkan dan dia ikut lelaki tu," luahnya mengimbau peristiwa hitam yang berlaku dalam keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas terlanjur dengan lelaki berlainan agama, wanita mula risau status anak bakal lahir - “Baby saya Islam, kan?”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rekod bersih’ dari zaman bercinta di kolej, suami akhirnya terlanjur dengan bibik! Beri alasan isteri asyik tolak seks - "Maid cakap banyak kali"

Seolah-olah memahami perasaan malu dan bersalah yang dirasai adiknya, dia sempat menitipkan pesanan bahawa mereka sekeluarga tidak menyisihkan dirinya dan suami malah sentiasa mengalu-alukan kehadirannya. 

"Pesan aku sebagai kakak pada dia, pintu rumah ni sentiasa terbuka, datanglah.

"Kami semua sayang kau walau sebesar apa dosa kau, kami tiada hak nak menghukum... yang berlalu biarlah lalu," katanya yang turut terkejut apabila menerima pelukan daripada adiknya ketika itu.

  • Kakak sedih adik perempuan terlanjur dengan pasangan.
  • Keluarga kecewa tetapi pilih maafkan, bukan halau.
  • Adik dikahwinkan dengan lelaki terbabit.
  • Kakak pesan pintu rumah sentiasa terbuka, keluarga tetap sayangkan dirinya.
  • Netizen puji keluarga matang dan tenang hadapi ujian.

Menurut wanita ini, walaupun sudah menerima takdir dengan hati terbuka, namun dia tetap merasakan dirinya gagal sebagai seorang kakak.

Malah dia akan menangis setiap kali terkenangkan peristiwa yang berlaku itu.

"Kadang-kadang aku tertanya-tanya dalam doa, kenapa Allah uji adik aku begitu, adakah kerana dia kuat selain minta dosa dia diampunkan.

Antara reaksi warga maya

Antara reaksi warga maya.

"Dia masih dengan lelaki yang sama sehingga kini, kami terima kedua-duanya dan keluarga aku pun dah reda dengan takdir dia.

"Alhamdulillah dia tidak mengandung masa buat perkara haram tu," ujarnya yang berharap setiap gadis terlanjur tidak dihalau atau dibuang keluarga.

Hantaran yang dibuat itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata memuji pemikiran keluarganya yang tidak bertindak melulu apabila ditimpa ujian.

"Aku respect pemikiran keluarga yang macam ni, mereka kecewa tapi tetap bersama.

"Kuatnya adik awak pergi mengaku dan kuat juga keluarga awak kerana memaafkan silap dia.

"Mesti keluarga awak jenis supportive dan baik dengan dia, sebab itulah dia sanggup mengaku," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain