SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang kisah penghijrahannya menerusi aplikasi Thread.Menurut wanita itu, hatinya terbuka untuk berubah selepas dia terserempak dengan dua perempuan yang menutup aurat dengan sempurna. "Saya dulu pakaian agak ketat walaupun bertudung. Saya biasanya pakai seluar ketat dan blaus sebagai pakaian harian ke pejabat.Menghadiri majlis ilmu merupakan salah satu cara untuk kekal istiqamah selepas berubah. -Gambar hiasan AI"Suatu hari, masa dalam perjalanan ke tempat kerja, saya ternampak dua perempuan bertudung labuh dan berpakaian longgar. Mereka senyum, saya pun senyum."Lepas tu, 'auto' rasa malu dengan pakaian sendiri. Sejak kejadian itu, saya mula pakai longgar, labuh. Saya juga mula pakai handsock dan stoking," tulisnya.Tambah wanita itu lagi, kejadian itu turut menyebabkan hatinya terpanggil untuk mengikuti kelas-kelas agama bagi menambah pengetahuan serta ilmu keagamaan.Seorang wanita tular selepas kongsi kisah hijrahnya di Thread.Dia sebelum ini sering berpakaian ketat dan sendat walaupun bertudung.Kejadian terserempak dengan dua wanita membuka hatinya untuk berubah.Kini dia juga banyak menghadiri majlis ilmu dan ceramah agama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sejak itu juga, saya pergi semua ceramah dan memulakan hijrah. Ada seorang ustazah kata, kalau tiba-tiba terdetik macam rasa malu dan nak berubah, itulah hidayah Allah."Saya menangis. Doakan saya istiqamah. Saya juga doakan mereka yang sedang struggling untuk istiqamah," tulisnya lagi.Di ruangan komen, seorang lagi wanita turut berkongsi kisah perubahannya yang berlaku secara spontan seiring peningkatan usia."Saya pun sampai satu tahap umur, tiba-tiba jadi tak suka semua benda dan nak bersederhana saja. Dulu, semua tak nak kalah. Dari beg, tudung, kasut, semua branded.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seksi akur disuruh tutup aurat lepas kahwin tapi kecewa suami tak berubah... Ligat ‘like’, ‘follow’ akaun perempuan ‘hot’ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan seksi dibuat skandal, tak guna!” - Wanita bengang hadap lelaki hipokrit, curangi isteri solehah bertudung litup"Sampai satu umur yang saya rasa tak adalah tua sangat, terus saya pakai apa-apa saja asal selesa dan menutup aurat," kongsinya.Selain itu, beberapa lagi wanita turut berkongsi kisah penghijrahan mereka di ruangan komen."Selalunya berlaku secara random. Saya pula masa ke Turkiye, tiba-tiba rasa nak pakai tudung. Padahal sebelum tu tak pakai. Balik Turkiye, terus melekat tudung."Saya pun alami. Satu hari, tiba-tiba kaki rasa sejuk, padahal cuaca panas. Berkali-kali rasa. Lama-lama saya yakin, ini teguran Allah untuk tutup aurat kaki," demikian antara perkongsian netizen.