HASRAT seorang wanita untuk memiliki cincin baharu yang dibeli menggunakan duit bonus suami mungkin terpaksa dilupakan gara-gara perlu mempertimbangkan keperluan lain dalam keluarga.Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu mendedahkan suaminya sebelum ini berjanji untuk membelikan cincin baharu sebagai ganti kepada cincin lama yang telah dijual demi kelangsungan hidup mereka. Namun, hasrat itu mungkin terpaksa dilupakan apabila suami memaklumkan niat mahu membelikan telefon bimbit baharu buat adik perempuannya."Suami ada janjikan nak beli cincin lepas dapat bonus hujung tahun. Dia nak ganti cincin yang dijual hari tu.Kebanyakan isteri berusaha untuk memahami situasi atau masalah suami mereka. -Gambar hiasan AI"Lepas tu semalam suami cakap nak belanja adik dia telefon baharu sebab telefon yang adik dia guna sekarang tu rosak."Adik perempuan tu umur 24 tahun dah. Cuma adik ipar saya ni autisme atau kurang upaya (OKU). Saya tak pasti," ceritanya di Threads.Tidak mahu mengeruhkan keadaan, dia memberitahu suaminya supaya tidak perlu menggantikan semula cincin tersebut sebagaimana yang dibincangkan mereka sebelum ini.Bagaimanapun di sebalik keputusannya itu, timbul rasa keliru dalam diri sama ada tindakannya itu wajar atau sebaliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Pergi bercuti di ‘oversea’, adik ipar minta kunci daripada bibik lenjan kereta Mercedes... Rahsia terbongkar melalui ejen rumahARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut adik-beradik ipar berperangai aneh, berani masuk bilik selongkar pakaian... Terus sarung jika berkenan!Tambahnya lagi, walaupun rela suami menggunakan duit bonus untuk membelikan telefon bimbit buat adiknya, dia tetap menunjukkan 'isyarat' bahawa keinginan memiliki cincin tetap ada."Bukan saya bajet atau acah-acah baik cuma tak apa ke terasa sebab suami nak belikan telefon dekat adik dia. Ke nampak macam saya berkira."Saya takut tak cukup duit pula dia nak beli telefon dekat adik dia sebab kalau ikut bonus suami tu tak banyak pun."Saya ada sindir suami sebenarnya. Masa nak tidur saya duduk belek gambar cincin depan dia lepas tu cakap lawanya cincin siap kira lagi harga. Doakan saya dapat cincin," ujarnya.Hasrat isteri merasa bonus suami terbantut apabila keperluan ahli keluarga lain didahulukan.Wanita akui terasa apabila cincin idaman mungkin tak dimiliki.Netizen menegur sikapnya yang terlalu awal mengalah.Cincin dianggap simbol penghargaan sebagai isteri.Bonus suami dikatakan tidak besar.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur sikapnya yang dilihat terlalu awal pasrah dan tidak menyuarakan keinginan yang terbuku di hati terus kepada suami."Awal sangat mengalah. Tunggu sampai suami cakap tak dapat cincin barulah boleh terasa. Selagi dia tak cakap apa-apa, buat je tunjuk jari kelingking."Awak yang cakap tak payah beli cincin suruh beli telefon baharu adik dia kan? Jadi kenapa awak nak terasa. Awak tengok cincin depan dia, tapi awak tak cakap nak cincin dekat dia."Lain kali cakap je nak cincin. Tak payah bagi 'hint' tengok gambar bagai. Jadikan perkara itu lebih senang, kan mudah," komen beberapa netizen.