suria

Pergi bercuti di ‘oversea’, adik ipar minta kunci daripada bibik lenjan kereta Mercedes... Rahsia terbongkar melalui ejen rumah

Seseorang tidak harus mengkhianati kepercayaan yang diberikan, apatah lagi melibatkan ahli keluarga sendiri. -Gambar hiasan AI

SEAKRAB mana pun hubungan sesama adik-beradik, kita sewajarnya menjaga adab dan menghormati antara satu sama lain.

Salah satu adab yang mungkin dipandang remeh oleh segelintir individu adalah meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum menggunakan barangan peribadi milik ahli keluarga lain.

Di laman Threads, seorang wanita berkongsi rasa kecewa apabila mengetahui kereta jenama mewah miliknya dan suami digunakan oleh adik ipar tanpa pengetahuan serta kebenaran mereka. 

Sikap negatif seperti tidak amanah boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan AI

"Aku anak-beranak sekarang dekat luar negara bercuti, dia diam-diam pergi rumah minta dekat bibik aku kunci kereta.

"Nak tahu macam mana kitaorang dapat tahu? Aku saja survey gambar rumah yang kitaorang nak jual dekat website, baru perasan dalam gambar yang ejen rumah ambil, Mercedes tu tak ada dekat parking," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang ipar jenis tebal muka, bawa anak isteri pindah rumah adik... Rupanya mentua punya angkara, pandai-pandai pelawa!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Menyirap’ tengok adik ipar ambil baju dalam almari tanpa izin, bebas masuk bilik kelamin sebab si abang benarkan

Menurut wanita berkenaan, kereta tersebut sebenarnya bakal dijual kepada pembeli yang sudah dikenal pasti, sekali gus membuatkan mereka sangat berhati-hati dalam menjaga kondisi kenderaan itu.

Apa yang lebih mengecewakan selain menggunakan kereta tanpa pengetahuan pemilik, kini adik iparnya seolah-olah lepas tangan apabila kenderaan tersebut mengalami masalah. 

  • Seorang wanita kecewa apabila kereta mewah miliknya digunakan adik ipar tanpa kebenaran.

  • Ketika bercuti di luar negara, adik iparnya diam-diam ambil kunci kereta daripada bibik.

  • Kehilangan kereta disedari selepas wanita itu melihat gambar rumah yang hendak dijual di laman web.

  • Dia terkejut melihat tiada kereta miliknya di garaj.

  • Kereta tersebut kini tersadai di rumah ibu mentuanya.

"Hari yang kitaorang nak gerak ke KLIA, laki aku pergi carwash nak cuci kereta sebab nak ambil gambar untuk hantar kepada buyer. Dan pergi bengkel sekali check apa yang patut.

"Kemudian tiba-tiba ada problem pula kereta tu. Jadi kitaorang decide balik dari bercuti baru pergi repair.

"Tadi laki aku baru call dia, dia bagitahu lepas dia ambil kereta tu, enjin terus mati... sekarang tersadai depan rumah mak mentua sebab battery kong," kongsinya lagi.

Sebahagian daripada reaksi netizen.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan wanita tersebut dan suaminya bertegas biarpun terhadap ahli keluarga sendiri, agar individu tersebut tidak lagi mengulangi perbuatan sedemikian.

"Buat je laporan polis... selesai masalah.

"Dia tak pernah kena penampar ke, getah paip ke, libas dengan rotan ke? Hairan dengan orang yang berani guna harta orang tanpa izin ni.

"Sebelum kau melancong, kau tarik battery kereta. Kunci bawa pergi simpan dalam beg," antara komen netizen. 

Artikel Lain