suria

Jiran lebih sudu daripada kuah, jerkah jurugambar tengah ‘shoot’ sebelum akad nikah... Tuduh sengaja lengahkan majlis

Ramai pengantin mengambil khidmat jurufoto untuk merakam detik indah pernikahan mereka. -Gambar hiasan AI

SEORANG jurufoto perkahwinan tular di Thread selepas menceritakan pengalamannya dimarahi lelaki berusia ketika bertugas di sebuah majlis akad nikah.

Menurut pemuda itu, dia dimarahi kerana dikatakan membuang masa juru nikah atau tok kadi yang sedang menunggu untuk memulakan acara berkenaan.

"Dalam sejarah shoot wedding, kena pekik dengan seorang pakcik sebab buat flow intro ada berarak bawa dulang.

Majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung dalam keadaan ceria dan gembira. -Gambar hiasan AI

"Dia cakap... apa benda photographer ni, tok kadi dah tunggu. Dia kata saya lambat dengan nada marah. Tapi saya buat pekak je.

"Saya fikir nak gambar moment yang proper walaupun job kampung. Buat tak sampai lima minit pun, kemudian selesai semua," kongsinya.

Tambahnya lagi, dia hanya mengetahui identiti lelaki berusia itu selepas bersemuka dengan pengantin sejurus selesai majlis akad nikah.

  • Jurufoto kongsi cerita dijerkah seorang pakcik ketika berada di dalam sebuah masjid.
  • Dia dituduh melengahkan masa tok kadi untuk memulakan upacara akad nikah.
  • Pengantin memaklumkan pakcik itu hanyalah jiran mereka.
  • Jurufoto tetap minta maaf dengan pengantin selepas selesai acara itu.

"Saya cakap kat pengantin, saya minta maaf kalau scene tadi tu mungkin silap saya. Rupanya pengantin okey je.

"Yang pekik tadi tu bukan pakcik dia pun, tapi jiran dia," tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan situasi hampir sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar kahwin hilang gara-gara pautan ‘corrupt’, jurufoto pula lepas tangan... Pengantin enggan halalkan bayaran upah!

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengantin merungut gambar kahwin buruk, viral di TikTok... Jurugambar buka cerita, tunjuk ‘folder’ ratusan foto cantik

"Orang tua memang tak boleh tengok benda yang lain daripada norma mereka.

"Biasanya yang beria dan tak hormat majlis ni orang luar yang tak ada kena mengena dengan keluarga pengantin.

"Selalunya pengantin okey je. Yang kat tepi-tepi ni pula banyak bunyi," tulis netizen.

Artikel Lain