suria

Wanita rimas kakak ipar sedang TTC kerap ‘pinjam’ anak, nak tegur risau kecil hati - “Saya takut berlaku benda buruk”

Setiap ibu pastinya sedih jika perlu berjauhan dengan anak yang masih kecil. -Gambar hiasan

BAGI pasangan yang tidak memiliki zuriat, anak saudara sering menjadi 'tempat' untuk mereka menumpang kasih dan bermanja.

Bagaimanapun di platform X, seorang wanita meluahkan rasa rimas apabila anaknya sering menjadi perhatian kakak iparnya yang sedang TTC (trying to conceive).

Menurut pengadu, anaknya bukan sahaja kerap dibawa keluar berjalan-jalan, malah turut dimanjakan dengan pelbagai barangan oleh kakak iparnya itu.

Ramai wanita TTC terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum diberi rezeki zuriat. -Gambar hiasan AI

"Hanya nak meluah. Saya ada anak, umur setahun setengah. Dia adalah cucu yang pertama dalam keluarga mentua saya.

"Wajar kan kalau saya tak izin kakak ipar bawa anak saya keluar jalan-jalan? Kakak ipar saya dah kahwin lima tahun, tapi tiada anak.

"Saya sangat protective. Risau apa-apa berlaku. Kakak ipar dan suaminya suka belanja itu ini untuk anak saya, tapi saya tak selesa," luahnya.

  • Wanita tak selesa kakak iparnya terlalu memanjakan anaknya.
  • Dia berkata kakak iparnya itu masih belum ada anak walaupun sudah lima tahun kahwin.
  • Dia tidak selesa apabila anaknya sering dibawa keluar berjalan-jalan oleh kakak iparnya.
  • Netizen beri saranan agar dia berterus-terang tentang perasaannya itu.

Menurut wanita itu lagi, dia kini buntu kerana suaminya juga tidak berani untuk menegur kakaknya tentang isu berkenaan.

"Saya bukan apa. Takut sangat berlaku benda buruk macam kemalangan. Saya ni ada anxiety disorder. Tapi suami pula tak berani nak tegur kakaknya," tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, pelayar X berkata kerisauan wanita itu ada asasnya dan dia perlu berani untuk menyuarakan isi hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 tahun TTC, banyak kali buat IVF tapi gagal... Wanita akhirnya hamil selepas guna bantuan AI

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamil

Namun, ada juga yang memberi saranan agar wanita itu menegur kakak iparnya secara berkias.

"Bab belanja tu, tengoklah barang apa. Kalau benda mudarat macam coklat atau gula-gula, tegur je cakap tak selesa.

"Kalau suami tak berani, awaklah tegur. Buat-buat gurau. Masa mereka nak keluar, pesan jangan beli benda mengarut.

"Umur setahun setengah masih kecil lagi. At least tunggulah umur tiga tahun kalau dia nak bawa jalan-jalan," tulis netizen.

Artikel Lain