suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 tahun TTC, banyak kali buat IVF tapi gagal... Wanita akhirnya hamil selepas guna bantuan AI

Kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap dalam kehidupan suami isteri. -Gambar hiasan

SELEPAS 18 tahun menanti penuh harapan, seorang wanita akhirnya berjaya hamil dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sepanjang 18 tahun, pasangan 'trying to conceive' (TTC) itu pernah beberapa kali menjalani prosedur persenyawaan in vitro (IVF).

Namun, semua usaha IVF mereka gagal kerana si suami menghidap 'azoospermia', iaitu satu keadaan di mana tiada sperma dapat dikesan dalam air maninya.

Pasangan itu, yang mahu identiti mereka dirahsiakan kemudian mencuba kaedah baharu di Pusat Kesuburan Universiti Columbia, New York.

Kaedah itu dikenali sebagai kaedah STAR yang menggunakan AI untuk mengesan dan mendapatkan semula sperma tersembunyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi klinik sebab sakit belakang, terkejut disahkan hamil... Doktor sebak lihat reaksi wanita 7 tahun TTC

“Kami tidak meletakkan harapan tinggi selepas terlalu banyak kekecewaan,” kata wanita itu.

Penyelidik di pusat kesuburan itu menganalisis sampel air mani menggunakan sistem AI.

Tiga sperma tersembunyi berjaya ditemui, diambil dan digunakan untuk menyuburkan telur si isteri melalui IVF dan akhirnya dia hamil, menjadikannya kehamilan pertama yang berjaya menggunakan kaedah STAR.

Bayi mereka dijangka lahir pada Disember ini.

“Saya ambil masa dua hari untuk percaya bahawa saya benar-benar hamil.

“Sampai hari ini saya masih bangun pagi dan tertanya-tanya sama ada ini benar atau tidak. 

"Saya masih belum percaya sepenuhnya saya hamil sehinggalah saya lihat imbasan," ujar wanita itu. -Agensi.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia