suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu anak lelaki puas, mentua paksa menantu pakai ‘manik pengetat’ faraj... Doktor terkejut jumpa ketulan nanah dalam kemaluan!

Wanita yang baru bersalin tidak sepatutnya memasukkan apa-apa objek ke dalam faraj mereka. -Gambar hiasan AI

SIKAP mementingkan diri seorang ibu mentua menyebabkan menantu perempuannya terpaksa menanggung derita.

Menurut perkongsian di Instagram, wanita itu terpaksa menjalani pembedahan selepas dia menggunakan satu alat untuk mengetatkan faraj atas permintaan ibu mentuanya.

Dr Christabel Akinola seorang pengamal perubatan dari Nigeria berkata, mangsa disuruh menggunakan manik pengetat (tightening pearls atau yoni pearls) oleh ibu mentuanya demi memberi kepuasan seks kepada suami.

"Ibu mentua mahu menantunya kembali 'ketat' untuk anak lelakinya. Beberapa hari kemudian, rahim mangsa terpaksa dibuang. 

"Dia dibawa ke hospital kerana kegagalan peredaran darah dan kejutan septik yang berpunca daripada jangkitan kuman. 

"Dia baru sahaja bersalin. Doktor periksa alat sulitnya dan nampak ketulan yang dipenuhi nanah dan darah di dalam kemaluannya," tulis doktor perubatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku yakin ia kemaluan lelaki” - Wanita rasa ‘sesuatu’ masuk dalam faraj ketika tidur, badan pula ditindih

Dalam hantaran sama, Dr Christabel menasihati wanita agar tidak memasukkan apa-apa alatan ke dalam kemaluan mereka dalam tempoh enam minggu selepas bersalin.

"Ia boleh menyebabkan kehadiran bakteria, proses penyembuhan yang lambat dan mencetuskan sepsis yang boleh mengancam nyawa.

"Manik pengetat menyebabkan beberapa jangkitan. Bakteria merebak dari rahim ke salur darah. Seluruh rahim dan tiub fallopio mangsa dan terpaksa dibuang. 

"Jika sesuatu dimasukkan ke dalam alat sulit, ia menjadi laluan terus untuk bakteria masuk. 

"Selepas bersalin, rahim masih terbuka dan sebarang jangkitan di bahagian itu boleh menyebabkan komplikasi berbahaya," tulisnya lagi.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia