suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang nama tak tersenarai urus ibadah korban, lelaki tikam muka ketua AJK tengah lapah daging

Mangsa dirawat di hospital akibat cedera parah selepas ditikam suspek.

SEORANG lelaki bertindak mencederakan jirannya sendiri yang sedang melaksanakan tugas sebagai ketua jawatankuasa (AJK) untuk ibadah korban. 

Mangsa, Suyanto, 52, mengalami kecederaan parah di bahagian muka selepas diserang suspek ketika melapah daging korban pada Sabtu lalu.

Insiden berlaku di kawasan Masjid Haqqul Yaqin, Seberang Ulu I, Palembang, Indonesia.

Suspek bertindak menyerang mangsa menggunakan sebilah parang dan senjata tersebut terkena bahagian muka mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan serius. 

Difahamkan, suspek yang berusia 33 tahun itu bertindak sedemikian kerana berang namanya tidak disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa korban walaupun sudah mendaftarkan diri.

Penduduk yang berada di lokasi segera membantu mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sejurus selepas kejadian, suspek melarikan diri ke Indralaya, Ogan Ilir namun akhirnya menyerah diri di Balai Polis Seberang Ulu I sambil ditemani ahli keluarga. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia