suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Wanita terloncat-loncat, terkejut tikus masuk seluar ketika baring - “Mungkin ada keju dalam tu”

Tangkap layar video yang tular di Instagram.

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila seekor tikus secara tiba-tiba masuk ke dalam seluarnya ketika dia sedang tidur di atas lantai. 

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu pada mulanya dilihat sedang berbaring di dalam sebuah kedai baju bersama seorang lagi individu.

Kehadiran tikus itu menyebabkan dia terkejut dan panik [Tonton Video] sebelum segera melompat bangun untuk menghalau keluar haiwan yang berada di dalam seluarnya. 

Apa yang melucukan, dia dilihat seperti sedang menari lagu Gangnam Style nyanyian Psy ketika berdiri dan melompat-lompat untuk menghalau tikus.

Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram sebelum ia tular selepas dikongsi semula oleh sebuah akaun lain.

Rata-rata netizen turut terhibur dan meninggalkan komen jenaka di hantaran tular itu.

"Automatik menari lagu Gangnam Style.

"Oh seronoknya tidur dalam kedai. Ini pekerjaan impian saya.

"Mungkin tikus fikir ada keju dalam tu.

"Bahaya juga pakai seluar longgar," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain