SEORANG juruwang wanita berkongsi pengalaman berdepan dengan pelanggan yang mempertikaikan kejujurannya ketika bekerja.
Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia melayan seorang lelaki warga emas yang ingin membuat pembayaran dan menghulurkan wang kertas RM50.
Seperti prosedur biasa, dia menyimpan wang kertas yang diterima ke dalam mesin dan memberikan baki sewajarnya.
Juruwang sering dipersalahkan apabila berlaku kesilapan yang dibuat pelanggan. -Gambar hiasan AI
"Aku key-in RM50, bagi baki macam biasa. Tiba-tiba dia cakap... eh dik, pakcik bagi RM100.
"Aku pelik sebab yakin aku terima RM50. Aku tengok dalam peti semua RM50. Kalau RM100, mesti ada," katanya.
Mujur pengurus kedai berada di lokasi dan terus mengambil tindakan dengan menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang bengang notifikasi 'successful' pembayaran tanpa tunai tak boleh percaya 100 peratus! Pelanggan dah 'cabut', tak fasal kena tolak gaji
ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan 'sound' juruwang tipu mesin imbas MyKad rosak, tak boleh guna SARA - “Jangan nak mengencing aku”
Katanya, hasil semakan jelas menunjukkan lelaki itu sememangnya menghulurkan wang RM50, sekali gus membersihkan namanya.
"Jelas-jelas dalam rakaman pakcik tu hulur RM50 tapi yang buat aku geram dia siap buka dompet tunjuk penuh RM100.
"Dia dengan yakin cakap dia tak pernah ada RM50," katanya lagi.
- Juruwang berdepan detik cemas apabila pelanggan mendakwa menyerahkan RM100 sedangkan dia yakin hanya menerima RM50.
- Keadaan tegang di kaunter reda selepas pengurus menyemak rakaman CCTV.
- Rakaman membuktikan pelanggan itu sememangnya menghulurkan wang RM50.
- Walaupun bukti jelas, pelanggan masih berkeras dan menafikan dakwaan tersebut.
- Insiden itu menjadi peringatan bahawa penampilan luaran bukan jaminan kejujuran.
Insiden itu meninggalkan kesan mendalam buat wanita berkenaan kerana dia merasakan seperti dimalukan di khalayak ramai.
"Pakcik berkopiah dan berjubah hitam, manakala isterinya berpurdah, tidak selari dengan sikap yang ditunjukkan.
“Pengajaran paling besar, penampilan luaran bukan ukuran kejujuran seseorang,” katanya.
Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan mendakwa lelaki tersebut adalah penipu dan sengaja membawa imej sedemikian bagi meyakinkan orang sekeliling.
"Scammer sekarang lain macam... berkopiah, ada juga yang berjubah hitam. Kemudian pukau cashier.
"Hati-hati sekarang ni ramai orang pelik-pelik, pukau pun boleh kena kat cashier sekarang," komen netizen.


