suria

Tengah rancak bersembang, penggali kubur tiba-tiba terdiam... Beritahu dengar bunyi cangkul bergesel - “Ada orang nak meninggal ni”

Penggali kubur dikatakan mendapat petanda sebelum berlaku kematian. -Gambar hiasan AI (kiri)

SEORANG wanita berkongsi pengalaman berkaitan kepercayaan bahawa penggali kubur sering menerima 'tanda' sebelum berlakunya kematian.

Menurutnya, kisah berkenaan diceritakan oleh abangnya sendiri ketika sedang berbual santai bersama rakanya yang juga penggali kubur.

Katanya, rakan abangnya itu terdiam dan tiba-tiba memaklumkan akan berlaku kematian di kampung mereka.

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. -Gambar hiasan 

"Kawan dia cakap, eh ada orang nak meninggal ni. Abang aku tanya mana dia tau. Tapi kawan dia diam je. Dua hari lepas tu, memang orang meninggal.

"Nak dapatkan kepastian abang aku tanya dia lagi, dia cakap masa tengah borak sebelum ni dia dengar bunyi cangkul bergesel. Bagi penggali kubur itu petanda ada kematian," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa pocong tak pernah, tapi kain kafan lama perkara biasa! Penggali kubur viral tak sangka jadi perhatian ketika beraya

ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu dengar suara burung buat bising belakang rumah... Adik akhirnya sedar petanda abang menghampiri kematian

Penggali itu turut berkongsi pengalaman hampir lain termasuk mendengar bunyi burung tertentu atau terhidu bau kapur barus secara tiba-tiba, sebagai tanda kematian bakal berlaku.

"Dari situ aku percaya, mungkin itu keistimewaan yang Allah bagi dekat penggali kubur. Mesti ada yang berpengalaman kan? Cuba la kongsi cerita," katanya. 

  • Wanita berkongsi kisah penggali kubur sering menerima tanda sebelum kematian berlaku.
  • Rakan abangnya yang penggali kubur terdengar bunyi cangkul bergesel sebelum kematian diumumkan.
  • Ada juga yang mendengar bunyi burung tertentu atau terhidu bau kapur barus secara tiba-tiba.
  • Pengalaman itu dianggap firasat, bukan amalan syirik.
  • Netizen turut berkongsi kisah sama melibatkan penggali kubur dan pembuat keranda.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman yang dilalui penggali kubur yang dikenali mereka.

"Abah saya penggali kubur.Ya abah pun cakap macam tu. Ini bukan syirik tapi Allah bagi firasat macam tu, bunyi cangkul bergesel.

"Arwah atuk dulu tukang buat keranda. Waktu malam kalau keranda bunyi diketuk-ketuk ia petanda ada yang meninggal," komen netizen.

 

Artikel Lain