SEORANG wanita meraih perhatian di Thread apabila berkongsi tentang perkara-perkara aneh yang dialami sebelum ibu mentuanya meninggal dunia.
Dalam kejadian pertama, wanita itu mendakwa dia ternampak lembaga misteri di dalam bilik tidur ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.
"Terkejut nampak sekilas lembaga putih bercahaya tepi hujung katil. Lepas solat, saya cakap dekat suami, saya macam nampak kelibat malaikat.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan
"Mungkin ada yang nak meninggal, entah-entah kita kot nak mati," tulisnya memulakan cerita.
Dalam kejadian kedua, dia mendakwa suaminya turut berdepan kejadian pelik ketika singgah di kedai sebelum balik ke kampung mentuanya.
"Dalam perjalanan balik kampung, suami singgah kedai. Tengah pilih roti, bahu suami kena tepuk, ada orang tanya kapur barus kat mana.
- Wanita dakwa nampak kelibat misteri ketika bangun solat Subuh.
- Dia terdetik mungkin itu petanda seseorang akan meninggal dunia.
- Suaminya turut ditegur individu misteri ketika berada di sebuah kedai.
- Dua tanda itu berlaku sebelum ibu mentuanya meninggal dunia.
"Tak sempat dia jawab, berpaling tengok tak ada orang. Dia pun abaikan. Kami memang tiap bulan wajib balik kampung.
"Tiba-tiba dapat call dari kakak ipar, dia kata ibu mentua tiba-tiba nafas laju, ambulans datang ambil kat rumah," kongsinya.
Menurut wanita itu, dia dan suami tiba di kampung sekitar pukul 10 malam dan ibu mentuanya menghembuskan nafas terakhir pada keesokan harinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat insaf turuti permintaan terakhir pesakit nazak, ramai minta nak sentuh al-Quran - “Ada yang tak boleh baca”
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkedu pemandi jenazah celupar... Dakwa anak meninggal usia muda sebab nama tiada maksud, tak bunyi Arab
"Syukur sangat sebab macam tahu-tahu je 'masa' mak mentua dah sampai. Allah jentik hati kami untuk balik. Terus kami ingat kejadian yang berlaku, hint yang Allah bagi," tulisnya.
DI ruangan komen, beberapa pelayar Thread mendakwa mereka juga pernah melalui situasi lebih kurang sama.
"Arwah adik selalu cakap macam ada orang ikut dia. Tak sampai seminggu, dia meninggal kena serangan jantung.
"Saya bau kapur barus sekali je. Selalunya orang yang saya kenal la yang akan 'pergi' tu.
"Saya selalu dapat hint apabila mata kiri berkelip, pasti akan ada ahli keluarga meninggal," tulis beberapa netizen.


