ANAK meninggal dunia merupakan ujian paling berat buat mana-mana ibu bapa.
Dalam keadaan diri yang masih berselubung kesedihan dan emosi belum stabil sepenuhnya, ibu bapa kehilangan anak pasti mengharapkan sokongan daripada orang sekeliling.
Bagi seorang wanita yang berdepan ujian sama, kesedihannya menjadi lebih berat apabila seorang 'ustazah' yang membantu menguruskan jenazah anak perempuannya mengeluarkan kata-kata 'tajam' sehingga meninggalkan kesan mendalam di hati.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi meninggal masa bersalin, ibu masih berduka disuruh segera masuk kerja - "Bukan kena berjaga malam pun, tak perlu menyusu"
ARTIKEL BERKAITAN: Larang sedekah barang bayi, suruh buang semua! Wanita baru kematian anak sedih dapat ibu kolot, percaya benda tahyul
"Tiba-tiba di hari Jumaat ni teringat kata-kata 'ustazah' yang mandikan jenazah anak masa dekat hospital selepas bedah siasat.
"Dia tanya apa nama arwah anak perempuan saya. Kemudian saya jawab, ***** ******.
"Terus dia 'tembak', kalau boleh lepas ni namakan anak guna nama Arab yang bermakna. Saya ni dah banyak mandikan jenazah budak, kebanyakan yang meninggal sebab mak bapa bagi nama anak yang tak bermakna," dia mengimbas kembali kata-kata yang dilontarkan 'ustazah' berkenaan.

Warga maya memberi kata semangat buat wanita berkenaan.
Tambahnya lagi, kata-kata 'ustazah' tersebut ternyata mengejutkan dirinya sehingga dia terkedu.
Dia kecewa kerana berpandangan individu berkenaan sepatutnya mempunyai empati terhadap seorang ibu yang masih dalam keadaan berduka dan berusaha menerima kehilangan anak tercinta.
"Terkedu saya dekat situ sebab terfikir mana empati kamu ya? Dah la kena bayar RM300 untuk uruskan jenazah tu," tulisnya lagi.
Seorang wanita berkongsi pengalaman sedih selepas kehilangan anak perempuannya.
Dia terkejut apabila seorang ‘ustazah’ mempertikaikan nama arwah anaknya ketika menguruskan jenazah.
Wanita itu terkedu kerana kata-kata pedas diluahkan ketika dia sedang berduka.
Wanita itu kecewa ‘ustazah’ berkenaan tidak mempunyai empati.
Netizen menyelar kenyataan ‘ustazah’ berkenaan kerana tidak sensitif.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan simpati serta menyelar petugas yang menguruskan jenazah berkenaan kerana kurang sensitif dan tidak menjaga tutur kata.
"Kalau akulah, masa tu juga aku sembur sambil keluarkan rasa sedih dan marah aku sekali gus.
"Apa kaitan nama dengan asbab kematian. Gila ke apa? Dah la sound orang yang tengah berduka kehilangan anak.
"Takkan nak letak nama Arab baru masuk syurga. Bingai tukang mandi pun," antara komen netizen.


