SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga kerana memiliki berat badan 90 kilogram (kg).
Dakwa wanita itu, dia terpaksa lari dari rumah sejak Sabtu kerana tidak tahan akibat dikasari suaminya gara-gara isu obesiti.
"Dia bebel pasal berat badan, tanya bila nak mula diet? Maki macam-macam, tapi saya tak jawab. Tak sangka dia tekup mulut dan hidung saya dengan selimut. Saya juga ditampar.

Individu bertumbuh gempal sering menjadi mangsa penghinaan fizikal. -Gambar hiasan AI
"Saya terkejut, sepanjang tiga tahun kahwin, dia tak pernah naik tangan. Ini kali pertama dia naik tangan. Saya decide keluar rumah dan duduk hotel dekat pejabat," tulisnya.
Menurut wanita bukan beragama Islam itu, dia juga mengalami tekanan perasaan kerana sering dihina oleh suaminya.
"Tak tahu berapa kali dia suruh saya turunkan berat badan. Saya faham niat dia baik. Tapi ayat dia sangat pedih.
- Wanita dakwa dikasari oleh suaminya kerana gagal menguruskan badan.
- Dia juga mendakwa disamakan seperti babi dan lembu kerana memiliki berat badan 90kg.
- Wanita itu lari rumah dan menetap di hotel sejak Sabtu selepas dikasari suaminya.
- Netizen minta dia berpisah dan lapor kejadian itu kepada polis.
"Dia boleh gelarkan saya ni badan macam lembu. Makan macam lembu. Siap bandingkan saya dengan isteri kawan-kawan dia.
"Saya dah penat, mental saya terseksa, saya sayang suami separuh mati," luah wanita itu lagi.
Di ruangan komen, ramai kaum Hawa memberikan sokongan moral dan meminta wanita itu terus kuat untuk menempuhi kehidupannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Macam mana nak kerja kalau diri sendiri tak terurus? Rupanya ramai tak percaya pada pekerja gemuk!
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer tak setuju orang kurus sedapkan hati individu obesiti, selesa bertubuh gempal... Tegaskan tak ada gemuk yang sihat!
Malah, ada yang turut menggesa dia membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan selepas dikasari suami.
"Tolonglah tinggalkan dia. Dia dah sakiti fizikal dan emosi awak. Gila tekup dan tampar bini.
"Saiz badan boleh ubah, tapi perangai manusia susah nak ubah. Semoga awak dapat lepaskan diri daripada 'monster' tu.
"Awak tolong buat laporan polis. Lepas tu, cari bantuan untuk bercerai. Nyawa awak dalam bahaya.


