NIAT murni seorang wanita untuk mendapatkan rawatan terbaik buat bapanya bertukar menjadi luka seumur hidup apabila wang hasil jualan dicuri pekerja.
Berkongsi pengalaman pahit itu, ujarnya, pekerja tersebut dipercayai melarikan wang jualan berjumlah lebih RM70,000.
Mengakui insiden itu meninggalkan rasa dendam dan kecewa yang sukar dipadam, dia turut meluahkan rasa sedih apabila melihat bekas pekerja tersebut kini bahagia bersama keluarga.

Wanita hamil mudah mengalami tekanan emosi. -Gambar hiasan AI
"Tiga tahun lepas ada pekerja (bekas) curi duit jualan saya lebih RM70,000.
"Baru-baru ini saya bertembung dengannya dan suami, tapi hati saya sedih pula... kenapa hidup dia yang aniaya saya elok bahagia bersama suami," luahnya di Thread.
Menurut wanita ini, kejadian hitam itu membuatkan dia mengalami tekanan emosi yang teruk sehingga hampir hilang kewarasan akal.
Apatah lagi ketika itu dia sedang hamil trimester ketiga.
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja tukang cuci tebal muka disergah staf syarikat... Insiden mop lantai masih segar - “Saya mampu senyum je”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dibuang kerja anggap majikan jahat, tak hargai staf! Kini alami trauma berpanjangan, menangis setiap malam
"Dialah penyebab saya jatuh, hampir gila tapi (sekarang) hidupnya baik-baik je.
"Apabila teringat, jujurlah hati saya memang harap hidup dia tragis walaupun sekarang duit saya lagi banyak dari RM70,000 tu.
"Saya tetap mahu hidup dia dapat balasan jahat sebab saya sangat-sangat perlukan duit tu dulu," tambahnya.
Menurut wanita ini lagi, sekali pun wang tersebut digantikan semula, ia tidak dapat memenuhi impian untuk membahagiakan bapanya.
- Wanita sedih duit jualan RM70,000 dicuri pekerja, sepatutnya untuk rawatan ayah.
- Kejadian berlaku tiga tahun lalu, ketika dia hamil trimester ketiga.
- Akui trauma teruk hingga hampir hilang kewarasan.
- Terkilan lihat pencuri hidup bahagia bersama keluarga.
- Netizen simpati, nasihat serah pada Allah dan lepaskan dendam.
Malah katanya, wang tersebut disimpan khusus untuk mendapatkan rawatan pakar hospital swasta buat bapanya yang ketika itu berdepan masalah kesihatan serius.
"Duit tu dulu, saya bercadang nak buat rawatan ke hospital pakar swasta untuk ayah saya.
"Tak terfikir nak beli gelang besar... saya fikir nak bahagiakan ayah je sebab masa tu ayah sakit teruk," luahnya sayu.
Wanita ini turut mendakwa, bekas pekerjanya melakukan pecah amanah dari awal diambil bekerja sehingga dia mengadakan jualan raya.

Warga maya menitipkan kata-kata semangat kepadanya.
Dakwanya, wang hasil jualan yang dicuri itu digunakan pekerja terbabit untuk membeli sebuah kereta secara tunai.
Lebih menambah rasa terkilan apabila bekas pekerjanya bukan sahaja tidak menunjukkan rasa bersalah malah membuat laporan polis apabila perbuatannya tular di dalam kumpulan Facebook penduduk sekitar.
Perkongsian tersebut mengundang simpati warganet dengan ramai menitipkan nasihat dan memberi kata-kata semangat kepadanya.
"Allah tu Maha Adil, percayalah. Lambat atau cepat sahaja dia akan dapat balasan.
"Apa yang terlihat dengan mata kasar tidak menggambarkan segalanya, benda yang tidak berkat memang tak akan bahagia.
"Serahkan pada Allah sebulat hati, jangan bawa dendam tu sebab ia akan bebankan hati," demikian antara reaksi netizen.


