suria

Wanita geram tengok geng makcik-makcik tapau kambing golek akikah, tak fikir orang belakang... Tumbang 2 ekor pun tak cukup!

Kambing golek sering menjadi tumpuan utama dalam majlis-majlis kenduri di Malaysia. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kesal apabila makanan yang disediakan untuk majlis akikah anaknya tidak mencukupi gara-gara sifat tamak segelintir tetamu.

Dalam hantaran di Thread, dia mendakwa beberapa individu mengambil hidangan kambing golek untuk dibawa balik sehingga tidak sempat dijamu oleh tetamu lain.

"Kami dah estimate kambing golek dua ekor untuk 200 ke 230 tetamu. Tiba-tiba, datang seorang demi seorang makcik, jumpa dengan mak saya.

Sikap tamak segelintir tetamu boleh menyebabkan makanan yang disediakan tidak mencukupi. -Gambar hiasan AI

"Mereka minta izin nak bawa balik. Salah satu alasan yang diberi, nak bagi anak makan kat rumah. Macam anak dia tak pernah makan kambing. Geram pula kita.

"Memang dah jangka kambing golek ni tumpuan utama. Orang yang datang lewat sikit tak dapatlah makan. Kambing golek tu mak saya sponsor," tulisnya.

Selain kambing golek, dia juga kecewa dengan sikap segelintir tetamu yang mengambil makanan dalam kuantiti berlebihan sehingga berlakunya pembaziran.

  • Wanita kesal makanan di majlis akikah anaknya tidak mencukupi.
  • Beberapa tetamu bawa balik kambing golek yang disediakan.
  • Dia juga kesal melihat tetamu yang membazir pencuci mulut.
  • Ramai netizen di ruangan komen turut kongsi pengalaman mereka.

"Itu belum yang ambil dessert 'berbukit' sampai penuh pinggan untuk tujuh keturunan makan. Mesti ada yang kata tak payah berkira bab makan.

"Tapi ini tetang common sense. Tolonglah, nak makan tu ingat orang belakang," tulis wanita itu panjang lebar.

Di ruangan komen, ramai pelayar Thread berkata mereka juga pernah berdepan situasi sama ketika menganjurkan majlis di rumah sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram keluarga ‘hijack’ kenduri akikah, pandai-pandai jemput kenalan sendiri! Duit tak hulur, siap minta tambah ‘goodies’

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedih majlis akikah ‘sendu’, kehadiran tak sampai separuh... Jemputan bagi alasan malu sebab ‘freehair’, tiada baju putih

"Samalah situasi kita. Orang tu minta lauk, banyak gila dia bungkus. Entah mana dia jumpa plastik. Dah la bukan dia seorang je.

"Saya buat akikah, panggil orang masjid lepas solat Jumaat. Datang makcik-makcik, bungkus kambing sebelum solat Jumaat.

"Patut tulis siap-siap, dilarang bawa balik makanan tanpa kebenaran tuan rumah sehingga majlis selesai.

"Memang tuan rumah jamu makan, tapi bukan bermakna kita suka hati ambil, melantak macam tak ada hari esok," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain