suria
mStar - Urban.Versatil

Tragedi kedai makan! Cara lelaki ini ajar perempuan miang dapat pujian, tak melenting lepas tahu kekasih kantoi ‘flirt around’

Jujur dalam perhubungan adalah asas utama untuk membina kepercayaan dan kebahagiaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda berkongsi pengalaman pahit apabila cintanya dikianati wanita yang disayangi ketika mereka keluar berjanji temu.

Menurut lelaki itu sepanjang tempoh mereka keluar bersama, dia menyedari wanita berkenaan begitu rancak melayan ramai lelaki lain menerusi aplikasi sembang dan media sosial.

Namun dia memilih untuk berdiam diri dan berpura-pura tidak mengetahui perkara tersebut.

Hubungan yang dibina atas kejujuran akan bertahan lebih lama. -Gambar hiasan AIHubungan yang dibina atas kejujuran akan bertahan lebih lama. -Gambar hiasan AI

"Masa kami dating tu dia boleh chat dengan ramai lelaki, tapi aku pura-pura tak tahu. 

"Tapi selang berapa hari aku tanya lelaki mana yang dia chat tu sebab bukan seorang, ramai. Namun dia nafi tak nak mengaku," katanya.

Tambah lelaki itu, dia masih memberi peluang kepada wanita tersebut hinggalah segalanya berakhir pada pertemuan mereka yang berikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami maut kemalangan, luluh hati isteri jumpa mesej curang dalam telefon - "Kifarah ke semua ni?"

ARTIKEL BERKAITAN: BF kantoi curang, bertukar foto bogel... Wanita puas dapat balas dendam cara sama - "Dia menangis sampai hidung berdarah"

"Kami bertemu dekat restoran di gedung beli-belah yang lebih 40 kilometer (km) dari rumah dia. Aku tak buat apa-apa pesanan, dia je yang pesan makanan waktu tu.

"Dia duduk sebelah, aku jeling la telefon dia, sempat lagi dia bersayang-sayang kat chat.

"Aku diam tak lama tu aku tanya... you sayang I tak? dengan yakinnya dia jawab...  I sayang you la , apa you merepek ni, I nak makan pun you tanya soalan ni," imbasnya.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut meminta izin ke tandas. Tanpa disedari wanita itu, dia sebenarnya terus pulang ke rumah.

  • Seorang pemuda mendakwa dikecewakan wanita yang aktif berbual dengan ramai lelaki lain.
  • Dia memilih berdiam diri dan memberi peluang walaupun menyedari perkara tersebut.
  • Keadaan memuncak apabila wanita itu dilihat berbalas mesej mesra semasa makan.
  • Pemuda itu meminta izin ke tandas sebelum pulang ke rumah.
  • Tindakan tersebut menghiburkan netizen yang menyokong keputusan lelaki berkenaan.

"Aku beritahu nak pergi tandas, tapi dia tak tahu yang aku sebenarnya nak pergi tandas kat rumah aku. Selepas 20 minit dia mesej tanya aku kat mana dan kenapa lama sangat.

"Apabila aku tak balas mesej dia call pula, suara gelisah. Aku cakap kat tandas rumah dan dia bising kenapa tinggalkan dia, siapa nak bayar makanan dan siapa nak hantar balik. 

"Aku diam lepas tu block je, pandai-pandai la dia balik. Siot punya perempuan. Apabila ingat balik bukan rasa geram  tapi kelakar," katanya.

Perkongsian itu nyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dan berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut.

"Pengakhiran yang bagus, puas hati. Lain kali suruh la lelaki lain yang datang ambil.

"Jadi lelaki kena kental macam ni tengok lain macam je angkat kaki. Kena ingat bunga bukan sekuntum," komen netizen.

Artikel Lain