KEJUJURAN dan kesetiaan menjadi elemen penting dalam hubungan percintaan atau perkahwinan.
Di laman X, seorang wanita meraih perhatian selepas berkongsi kisah mengenai kecurangan teman lelakinya.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun berpuas hati kerana akhirnya dapat membalas dendam terhadap kekasih hatinya itu.

Ada segelintir lelaki yang sanggup curang dengan rakan baik pasangan mereka. -Gambar hiasan AI
"Hari ini boyfriend (BF) aku menangis sampai berdarah hidung sebab aku curang. Tapi aku puas, sebab dia (sebelum ini) banyak kali kantoi curang.
"Dia sampai bertukar-tukar gambar bogel. Aku teman dia dari tak ada kerja, sampai ada kerja dan beli motor. Aku selalu pinjamkan duit.
"Setiap minggu pun aku masak, tapi dia tetap curang. Jadi sekarang aku balas balik. Aku nak dia rasa seksa macam mana aku rasa," kongsinya.
- Wanita dedah teman lelakinya kerap curang.
- Dia mendakwa lelaki itu juga pernah bertukar foto lucah dengan wanita lain.
- Dia akhirnya memilih untuk melakukan perkara sama demi membalas dendam.
- Netizen selar tindakan kurang bijak wanita itu dalam menangani masalah.
Di ruangan komen, pelayar X meminta wanita itu agar tidak mudah lembut hati dengan air mata teman lelakinya.
"Dia jenis suka manipulasi. Kalau kahwin pun, bila kantoi curang atau buat salah, mesti dia ulang balik drama nangis-nangis untuk buat kira rasa bersalah atau kesian.
"Ada masa lagi awak nak keluar daripada hubungan itu. Sekali curang, mesti akan curang lagi. Tolongkah tinggalkan dia kalau tak mahu menyesal," antara pesanan netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kecoh isteri terjah suami curang di klinik... Siap tarik rambut, bagi penampar! - “Kenapa ajak laki orang teman?”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami check in dengan skandal, isteri salahkan diri sendiri! Menyesal 'tayang' kebaikan, kesempurnaan di media sosial
Bagaimanapun segelintir netizen turut menyelar wanita itu yang dianggap kurang bijak dalam menyelesaikan konflik.
"Balas dendam tak menjadikan awak pemenang. Sebaliknya ia merosakkan diri. Lama-lama kau akan menyesal.

Lelaki yang baik pastinya tidak akan menduakan pasangan mereka. -Gambar hiasan AI
"Kau rasa kau menang, tapi kau masih bersama dengan lelaki yang teruk. Kau yang kalah sebenarnya.
"Eloklah dua-dua red flag," tulis netizen lagi.


