suria

Wanita anggap harga tiket, popcorn mahal 'kisah seram sebenar' tonton wayang - "Bukan Netflix 'bunuh' pawagam"

Kos yang kian mahal serta ragam penonton dikatakan punca ramai enggan menonton di pawagam. -Gambar hiasan AI

SEORANG gadis meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kos menonton filem di pawagam yang dianggap tidak lagi berbaloi.

Menurutnya, kini semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menonton filem di rumah kerana lebih menjimatkan.

Harga tiket dan makanan ringan yang didakwa terlalu mahal menjadikan orang ramai berasa takut untuk menonton filem di pawagam.

Golongan berkeluarga berkira-kira untuk menonton wayang kerana melibatkan kos yang tinggi. -Gambar hiasan AIGolongan berkeluarga berkira-kira untuk menonton wayang kerana melibatkan kos yang tinggi. -Gambar hiasan AI

"Bukan Netflix yang 'membunuh' pawagam Malaysia tapi popcorn RM18 dan air gas RM8 yang menjadi puncanya.

"Tiket RM40, makan malam RM30, itulah 'filem seram' sebenar apabila keluar menonton wayang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas imbas tiket guna kod QR, pemuda disekat depan pintu panggung wayang... Tebal muka lepas staf datang tanya satu soalan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis umur 11 tahun nak tengok wayang dengan rakan, ibu sukar beri kata putus - "Bagi sekali akan ada kali kedua"

Lebih mengecewakan, katanya, pengalaman menonton di pawagam mungkin terganggu disebabkan ragam penonton yang pelbagai hingga merimaskan.

“Bila tayangan mula, ada orang sembang, kerusi kena tendang, kepala orang depan halang pandangan. 

"Cuba beritahu kenapa aku kena bayar untuk semua ni?,” katanya.

  • Gadis luah harga tiket dan makanan pawagam terlalu mahal.
  • Ramai pilih tonton di rumah kerana lebih jimat.
  • Pengalaman pawagam sering terganggu penonton lain.
  • Netizen setuju harga tak sepadan dengan layanan.
  • Pawagam dijangka terus sepi tanpa perubahan harga dan etika.

Luahan tersebut mendapat sokongan netizen yang bersetuju bahawa harga makanan dan tiket wayang kini terlalu tinggi berbanding pengalaman yang diterima.

Ada juga berpendapat, selagi harga dan etika penonton tidak diperbaiki, lebih ramai akan memilih keselesaan menonton di rumah.

Menonton televisyen di rumah adalah pilihan yang menjimatkan buat mereka yang berkeluarga. -Gambar hiasan AIMenonton televisyen di rumah adalah pilihan yang menjimatkan buat mereka yang berkeluarga. -Gambar hiasan AI

"Setuju sangat mahal dan tak lama lagi pawagam akan mati. Nak tengok wayang fikir dua, tiga kali sampai tahap tahun ni tak jejak kali lagi.

"Dulu popcorn bawah RM8 je, lepas tu sekarang harga satu tiket tempat duduk dah sama harga dengan tempat duduk berkembar.

"Bawa satu famili dah habis beratus ringgit. Baik duduk kat rumah tengok Netflix, Disney Hotstar bayar harga macam tu juga untuk sebulan," katanya.

 

 

 

Artikel Lain