suria

Pemuda menyesal, anggap bantu gelandangan tindakan paling bodoh! Lebih baik beri makan pelajar IPT miskin

Ramai pelajar universiti terpaksa ikat perut kerana miskin. -Gambar hiasan AI kanan

SEORANG pemuda meluahkan rasa kesal apabila mengenang kembali pengalaman menyertai program memberi makanan kepada gelandangan ketika menuntut di universiti. 

Pemuda itu berkata, tindakan itu kini dianggap sebagai antara perkara paling tidak berbaloi pernah dilakukannya sepanjang bergelar mahasiswa.

Dia baru terfikir pada waktu itu ramai insan terdekat seperti rakan-rakannya sendiri turut memerlukan bantuan.

Berlaku pembaziran makanan yang disediakan untuk gelandangan. -Gambar hiasanTerlalu ramai beri makanan kepada gelandangan sehingga berlaku pembaziran. -Gambar hiasan

"Benda paling bodoh aku buat kat universiti adalah join kelab dan persatuan bagi makanan dekat gelandangan.

"Sedangkan kawan-kawan sendiri dekat universiti ramai yang hidup dalam kesempitan hingga ada yang ikat perut semasa belajar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelandangan kesejukan, pakcik ini bagi baju dipakai sebelum bantu belikan makanan! Rupanya mata memang ‘peka cari orang susah’

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat baik dapat dosa” - Sedih tengok makanan bertimbun tak disentuh, gelandangan tak mampu makan 20-30 bungkus sehari

Mengulas mengenai pengalaman membantu gelandangan, pemuda itu berkata sebahagian besar daripada mereka yang ditemui menolak makanan yang diberikan.

"Dekat universiti aku dulu bukan semua anak orang senang. Housemate aku yuran, belanja semua tanggung sendiri. 

"Jadi sakit hati bila gelandangan tu tolak mentah-mentah makanan kami bagi. Siap cakap kami tak nak makanan, nak duit," katanya.

Berdasarkan pemerhatian, dia berpandangan ramai dalam kalangan gelandangan di ibu kota sebenarnya terdiri daripada penagih dadah atau pendatang tanpa izin yang selesa hidup di jalanan tanpa mahu berusaha mengubah nasib.

  • Pemuda kesal sertai program beri makanan kepada gelandangan semasa di universiti.
  • Katanya, ramai pelajar lebih memerlukan bantuan berbanding gelandangan.
  • Ada gelandangan menolak makanan dan hanya mahu duit.
  • Ramai gelandangan didakwa selesa hidup di jalanan tanpa usaha berubah.
  • Bantuan kepada gelandangan sering dibazirkan, tidak seperti pelajar miskin yang menghargainya.

"Ramai homeless selesa kehidupan mereka macam tu. Mereka sikit pun tiada niat nak ubah kehidupan.

"Kebanyakkan gelandangan ni penagih, pendatang tanpa izin. Kalau betul tiada rumah, banyak gila pusat transit gelandangan tu tapi mereka tak memanfaatkan pun," katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya.

Pandangan pemuda itu turut dipersetujui warganet yang mengakui bahawa ramai pelajar terpaksa berlapar kerana kemiskinan tetapi mereka tidak dipedulikan berbanding gelandangan.

"Gelandangan ni terlalu kenyang dan tak hargai pun. Lagi-lagi malam minggu. Ramai sangat dah bagi macam-macam.

"Betul, ramai pelajar ikat perut tapi tak berani nak minta tolong atau mengharap orang lain.

"Banyak kes bantuan makanan kepada gelandangan dibazirkan. Kalau bagi makanan percuma kat student confirm licin," antara komen netizen.

 

 

Artikel Lain