JIKA diimbau zaman kanak-kanak dulu, sebahagian daripada kita membesar dengan bermain tuju selipar, layang-layang, batu seremban dan sebagainya.
Berbeza dengan kanak-kanak era ini, mereka bukan sahaja menghadap gajet malah mempunyai keinginan keluar bersama rakan-rakan untuk berhibur.
Seorang ibu berada dalam dilema selepas anak perempuannya yang berusia 11 tahun mahu menonton wayang bersama rakan-rakan.
Banyak perkara tidak baik boleh berlaku dalam pawagam. -Gambar hiasan
"Anak aku yang sulung minta izin pergi tengok wayang dengan kawan-kawan kelas Sabtu ni tapi aku tak bagi kata putus lagi boleh ke tak.
"Korang rasa patut tak aku bagi dia pergi atau duduk je dekat rumah," katanya meminta pandangan netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak tiri pun baik! Risau anak gadis keluar tengok wayang dengan rakan, mummy jadi bodyguard... Siap belanja semua sekali
ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘best’ tapi tak tenang tengok wayang, mak ayah bebal buka kartun di handphone untuk anak - “Scene sedih, lagu Didi & Friends”
Sebahagian besar warga maya berpandangan wanita itu boleh mengizinkan anaknya untuk keluar tetapi bersyarat.
"Boleh, kalau ada chaperone (peneman dewasa), tempat duduk budak lelaki belah kanan, budak perempuan belah kiri.
"Chaperone duduk tengah-tengah, kalau ada dua chaperone pun okay, seorang jaga lelaki, seorang lagi jaga perempuan.
Biar orang kata kolot, kalau nak tengok wayang, jom pergi satu famili.
NETIZEN
"Kena ada WhatsApp group dengan mak-mak yang anak nak keluar, kena tentukan siapa yang akan ikut mereka.
"Mak perlu tunggu semua gadis tu di gedung beli-belah hingga balik," netizen memberi cadangan.
Sementara itu, ada juga ibu bapa yang berpandangan sebaliknya dengan melarang anak mereka yang masih muda untuk keluar berhibur.
Antara reaksi netizen
"Saya tak pernah bagi sebab masih muda dan kalau bagi sekali akan ada kali kedua.
"Biarlah orang kata kolot, kalau nak tengok wayang, jom pergi satu famili.
"Sangat bahaya sekarang lepaskan anak sendiri bersama rakan sebaya. Pengaruh mereka sangat kuat," katanya.