SETIAP ibu bapa pasti ingin memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak.
Menerusi satu hantaran, seorang wanita mendedahkan rakan sanggup meminjam wang RM10,000 daripadanya demi mendaftar masuk anak ke pusat pendidikan awal kanak-kanak yang ternama.
Dia yang enggan dikenali berkata, pada awalnya, rakannya itu datang sambil berkongsi cerita tentang anaknya yang sudah memasuki usia empat tahun.
Rakan baik akan saling bantu-membantu. -Gambar hiasan
"Ada seorang kawan ni datang cerita pasal taska anak, tahun depan anak dia berusia empat tahun dan dia nak budak tu lebih berdisiplin berbanding sekarang.
"Tapi yuran tahunan dan bulanan memang tak masuk akal untuk 'kindy' di Kedah. Yuran tahunan sekitar RM2,000 dan bulanan pula RM500.
"Gaji dia pula sekitar RM3,000 tapi rumah dapat (percuma) daripada mak ayah dan anak diasuh oleh orang tua tu juga.
ARTIKEL BERKAITAN: Hidup mewah, melancong luar negara rupanya banyak hutang! Hasil buat ‘content’ ciput, wanita dedah rahsia Gen Z pinjam RM50,000
ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan hidup mewah dan suami gaji 30K! Wanita tak sangka duduk flat, pandu Axia sambil jaga anak tiri lebih bahagia
"Diaorang hanya bayar Honda City RM650 sebulan dan utiliti sekitar RM300, tapi tiada simpanan," ujarnya.
Menurut wanita ini, dia tergamam selepas mendengar perincian belanja dan kewangan dikongsikan rakannya itu yang dianggarkan mempunyai lebihan gaji sebanyak RM2,000, tetapi tiada tabungan.
Suruh dia mohon Kemas je, bulanan baru RM25, tahunan RM120.
WARGA MAYA
Pada masa sama, dia turut meluahkan kebimbangan sekiranya rakannya itu tidak dapat membuat bayaran semula jika dia bersetuju meminjamkan wang RM10,000 seperti diminta.
"RM10,000 tu sepatutnya untuk kecemasan, dan aku terfikir, macam mana mereka nak bayar balik kat aku kalau simpanan sendiri pun tak mampu," luahnya lagi.
Malah wanita ini turut menyalahkan keluarga rakannya itu kerana menyediakan segala kemudahan dan menanggung kos sara hidup.
Kebanyakan warga maya turut terkejut mengetahui situasi kewangan rakannya.
Kisah rakannya itu membuatkan wanita ini turut menasihati pengikut media sosialnya supaya membuat tabungan daripada duit gaji.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mempersoalkan tentang gaya hidup keluarga rakannya.
Tambahan pula, kos hidup di Kedah tidak setinggi di Kuala Lumpur dan mereka tidak perlu menyewa atau membayar komitmen rumah.
"Macam mana kalau duduk Kuala Lumpur ni. Padahal kos sara hidup kat Kedah tak tinggi.
"Baki gaji selepas tolak keperluan ada RM950, pergi mana semua gaji tu? Kos sara hidup di Kedah patutnya tak mahal sangat, makan beli hari-hari ke?
"Suruh dia mohon Kemas je, bulanan baru RM25, tahunan RM120," demikian antara luahan warga maya.