LELAKI yang tular kerana bengang berdepan situasi kanak-kanak menangis di dalam feri memohon maaf kepada ibu bapa dan orang ramai yang terkesan dengan kenyataannya.
Dia bagaimanapun enggan memadam video kontrovesi kejadian itu, yang berlaku semasa perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang dimuat naik di TikTok pada Rabu.
Orang ramai perlu bertolak ansur dalam menggunakan pengangkutan awam. -Gambar hiasan
"Aku bukan tak nak padam tapi ia dah tersebar luas, kalau padam pun tak guna sama sahaja orang akan hentam juga.
"Kalau padam orang kata tak bertanggungjawab, sekarang aku bertanggungjawab," katanya di TikTok.
Dia menjelaskan bahawa, tujuan dia berkongsi video berkenaan telah disalah erti oleh netizen sambil menegaskan ia tidak dimuat naik untuk mencari salah ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
"Aku minta maaf kepada mak bapa yang ada di Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri bengang budak meraung dalam feri! Anggap mak ayahnya tak pandai ajar anak, terlalu berlembut sampai dipijak kepala
"Tujuan aku muat naik video itu adalah kepada ibu bapa yang pernah alami situasi macam tu, apa nasihat mereka untuk pasangan baru seperti kami? Apa kami perlu buat bila ada anak nanti?
"Itu sahaja, bukan niat nak hentam sesiapa. Aku nak tahu apa korang buat, mungkin ada ilmu yang aku tak tahu dan perlu belajar," katanya.
Kanak-kanak merenggek adalah perkara normal tetapi sebagai ibu bapa harus bijak memujuk. -Gambar hiasan
Lelaki itu berkata, dia berharap orang ramai tidak menghukum isterinya kerana kenyataan yang dibuat sebelum ini hanya melibatkan dirinya sahaja.
"Jangan sampai mendoakan bini aku yang bukan-bukan, sebab benda ni aku yang buat. Kenapa muka bini aku macam tu? Sebab dia tak sihat.
"Aku tak pertahan apa-apa, aku cuma minta maaf sebab korang terasa dengan kenyataan aku sebelum ni," jelasnya.
Mungkin ada ilmu yang aku tak tahu dan perlu belajar.
LELAKI
Pada Rabu, tindakannya memuat naik video menghentam ibu bapa yang membiarkan anak meraung dalam feri dikecam netizen.
Disebabkan budak tersebut terlalu lama menangis iaitu lebih dari sejam, mereka suami isteri berasa tidak selesa.
"Memang mak bapa sekarang ni berlembut sangat dengan anak ke? Sampai anak pijak kepala, tak nak dengar cakap dan tolong jangan bagi alasan 'biasalah budak-budak'.
"Aku pun pernah budak juga bukannya lahir terus besar gedabak dan dari dia. Budak kena ajar seperti peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya," katanya.