suria

Pemuda harap dapat masuk IPT, dah letih kemas rumah... Bapa suka buat sepah, adik perempuan pemalas teruk!

Setiap ahli keluarga perlu terlibat dalam urusan rumah tangga. -Gambar hiasan

TUGASAN mengemas dan mencuci sememangnya sinonim dengan golongan wanita.

Tidak hairanlah ramai yang berkongsi kisah termasuklah meluahkan rungutan berkaitan tugas ini terutama mereka yang bergelar suri rumah.

Bagaimanapun kecoh di media sosial apabila seorang lelaki mengeluh kerana dibebani kerja rumah.

Berkongsi cerita, pemuda tersebut menyatakan rasa kecewa kerana rumahnya sentiasa berada dalam keadaan bersepah dan kotor meskipun sentiasa dikemas.

Setiap individu mengimpikan kehidupan yang harmoni bersama keluarganya. -Gambar hiasan

Setiap individu mengimpikan kehidupan yang harmoni bersama keluarganya. -Gambar hiasan

"Kadang-kadang aku rasa macam penat sangat sampai rasa kecewa, dalam rumah ni ada ibu ayah dengan adik perempuan berusia 16 tahun.

"Kami tinggal berempat je sebab adik beradik yang lain dah berkahwin. Saya lelaki.

"Kadang-kadang aku rasa penat sangat, dah kemas rumah dari depan sampai belakang tapi kekemasan tu hanya bertahan sehari je," ujarnya meluahkan perasaan.

Dia yang mempunyai lima adik-beradik berkata, rumahnya bersepah disebabkan sikap bapa dan adik perempuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tercakap kasar beritahu nak pindah, reaksi 'owner' rumah sewa buat wanita ini menangis... Terus terkenang arwah bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga suami nak datang beraya, isteri kelam-kabut mengemas... Rupanya sengaja biar rumah bersepah setiap masa!

"Adik perempuan aku tu langsung tak buat apa-apa, mak ayah pun tak pernah suruh dia mengemas.

"Boleh dikatakan dalam rumah tu, aku seorang je mengemas, adik dengan ayah aku pula kaki buat sepah.

"Makan limau, kulit tu biar kat lantai... makan kuaci pun sama! Belum lagi hisap rokok, putung rokok dibiarkan atas lantai tandas," luahnya yang merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Kena ajak adik tu sama-sama tolong, memang awal-awal susah sikit sebab dia tak biasa mengemas.

WARGA MAYA

Menurut pemuda berusia 18 tahun ini lagi, rumah akan berterusan kotor dan bersepah sekiranya dia tidak mengambil tanggungjawab untuk mengemasnya.

Justeru dia amat berharap mendapat tawaran daripada pusat pengajian tinggi supaya dapat tinggal berasingan.

"Kalau aku tak mengemas, rumah ni langsung tak berkemas. Tak faham kenapa mak ayah sekarang ni tak marah anak perempuan dia yang tak kemas rumah.

Warga maya memberi kata-kata semangat kepadanya.

Warga maya memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Kalau seminggu dua kali pun okay tapi masalahnya, sekali pun tak pernah kemas rumah," tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepadanya.

Malah ada yang mencadangkan supaya dia turut mengajak adik perempuannya melakukan kerja-kerja rumah.

"Kena ajak adik tu sama-sama tolong, memang awal-awal susah sikit sebab dia tak biasa mengemas.

"Faham sangat apa yang adik ni lalui, akak pun pernah lalui perkara yang sama, anak sulung juga. Sampai sekarang kita kahwin tinggalkan rumah, keadaan masih tak berubah... jadi biarkan je.

"Orang tak hargai apa yang kita buat, dia hanya nampak perkara yang kita tak buat. Jadi berhenti mengemas dan biar lantai penuh dengan sampah, siling bersawang. Belajar butakan mata," ujar beberapa warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Akhil Hayy terima menantu