APABILA sudah berumah tangga, kita sememangnya tidak dapat lari daripada urusan melibatkan keluarga mentua.
Bagaimanapun, dalam situasi tertentu sikap ibu bapa mentua atau ahli keluarga pasangan boleh membuatkan kita 'naik darah' sebagaimana yang dialami wanita ini.
Menurut ceritanya dalam satu hantaran di Threads, kereta milik suaminya seolah-olah telah menjadi milik bersama keluarga mentua.
"Suami tak kisah sebab famili dia tak ada kereta. Suami tolong sebab tak mampu bantu cara lain seperti bagi duit dan sebagainya.

Hubungan baik suami isteri penting untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan
"Saya sebagai isteri pun ikutkan okay je tapi yang jadi masalah bila keretanya 70 peratus mereka (famili mentua) yang banyak guna. Tapi roadtax, duit servis semua suami seorang je yang bayar.
"Kereta tu dari nampak baharu, sampai calar balar, tayar pecah, bateri kong (habis) semua terjadi masa dekat tangan famili mentua," luah wanita itu.
Wanita ini dan suaminya dipercayai menunggang motosikal ke tempat kerja setiap hari bagi mengelak kesesakan lalu lintas, manakala kereta hanya digunakan pada hujung minggu jika terdapat urusan luar.
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua 'obses' duit menantu, arah hulur walau RM1 kepada adik-adik ipar... Wanita akui susah nak ikhlaskan hati!
ARTIKEL BERKAITAN: Sukar suaikan diri dengan kesederhanaan mentua, periuk nasi elektrik pun tak ada... Wanita letak syarat setiap kali balik kampung!
Bagaimanapun, wanita ini terkilan dan geram apabila keluarga mentua selamba memberitahu bahawa mereka tiada wang apabila diminta untuk berkongsi kos menukar 'brake pad' yang sudah rosak.
Pada pandangannya, keluarga mentua tidak sepatutnya bersikap lepas tangan sebaliknya perlu mengambil tanggungjawab untuk menukar alat ganti kenderaan yang digunakan.
"Daripada cakap nanti bincang dengan (keluarga) yang lain boleh tolong kongsi duit tak, terus cakap tak ada duit nak tolong.
- Isteri kecewa kereta suaminya lebih banyak digunakan keluarga mentua.
- Suami tidak kisah kerana mahu membantu keluarga yang tiada kenderaan.
- Semua kos servis dan kerosakan ditanggung suami walaupun mereka jarang guna.
- Keluarga mentua enggan kongsi duit tukar 'brake pad' dengan alasan tiada wang.
- Netizen turut simpati dan kecam sikap keluarga mentua yang ambil kesempatan.
"Stres dengar, Ya Allah kenapa wujud jenis macam ni? Suami tak boleh kata apa-apa sebab dia jenis tolong tak harapkan balasan.
"Tapi satu keluarga dah reti guna, jaga kereta pun tak betul, takkan la tak ada hati perut? Gamak betul la ya," katanya.
Wanita itu berkata, dia faham suami mahu membantu keluarga mengikut kemampuan tapi dalam masa sama tidak sanggup melihat lelaki itu susah hati akibat menanggung beban akibat sikap keluarga yang suka mengambil kesempatan.

Sebahagian komen netizen pada hantaran asal.
Luahan tersebut mendapat perhatian warga maya yang memahami kemelut dihadapi malah mereka turut tidak bersetuju dengan sikap keluarga mentua.
"Kalau suami benarkan, nak buat macam mana. Nak cakap lebih-lebih nanti orang cakap isteri lebih sudu daripada kuah. Kecuali kalau kereta tu milik isteri.
"Hal macam ni susah dan sukar dijangka. Yang jenis ada hati perut berakal akan hulur la walau tak banyak kan. Ni jenis hati memang kering je," komen beberapa netizen.


