suria

Mentua 'obses' duit menantu, arah hulur walau RM1 kepada adik-adik ipar... Wanita akui susah nak ikhlaskan hati!

Sikap pentingkan wang boleh merosakkan hubungan sesama ahli keluarga. -Gambar hiasan AI kiri

SEORANG wanita kurang senang apabila ibu mentuanya terlalu pentingkan duit hingga sanggup menyuruhnya memberikan wang kepada adik-adik ipar setiap kali pulang ke kampung.

Menurutnya, situasi sebegitu berlaku pada fasa awal perkahwinan apabila ibu mentua meminta suami menyampaikan pesanan kepada dirinya supaya menghulurkan sedikit wang kepada adik-adik ipar.

Alasan ibu mentua, walaupun dengan pemberian sekadar RM1 ia sudah mampu untuk menggembirakan hati adik-adik suami.

Permintaan melampau mentua boleh menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan menantu. -Gambar hiasan AIPermintaan melampau mentua boleh membuatkan menantu rasa tidak selesa. -Gambar hiasan AI

"Gaji aku banyak juga masa tu sekitar RM5,000. Tapi jika dibanding belah suami, adik-adik aku sendiri lagi ramai.

"Suami aku sendiri pun tak pernah bagi duit dekat adik-adik aku walauapun raya, aku pula raya pun kena bagi dekat ipar duai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu mula rasa benci, mentua asyik minta duit! Pelik wang belanja RM7,500 sebulan tak pernah cukup

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua ada pencen, tetap minta duit nak beli emas setiap bulan! Tak peduli anak menantu kena ikat perut

Wanita itu menjelaskan bahawa dia tidak keberatan untuk memberi jika mempunyai rezeki lebih, namun tidak bersetuju apabila pemberian wang dijadikan kewajipan setiap kali pulang ke rumah mentua.

"Mungkin dia pernah nampak aku hulur RM10 dekat adik ipar jadi terus dia rasa aku wajib bagi setiap kali balik.

"Ikut suka aku la nak bagi atau tak, sejak dari tu memang aku tak bagi kecuali masa raya," katanya yang memaklumkan sentiasa membawa buah tangan setiap kali pulang ke rumah mentua.

Tambahnya lagi, dia juga pernah menegur suami apabila lelaki itu menyampaikan pesanan ibu mentua.

“Aku cakap, awak sendiri tak pernah bagi duit pada mak ayah atau adik-beradik saya, hatta masa raya pun.

"Kenapa saya pula nak kena bagi tiap kali datang rumah awak walau RM1?” katanya.

  • Mentua suruh menantu wanita hulur duit kepada adik-adik ipar, tak kisah walau RM1 setiap kali balik kampung.
  • Suami wanita itu sendiri tak pernah bantu keluarga mentuanya.
  • Isu bukan jumlah, tapi sikap mentua yang suka mengarah.
  • Menantu tetap bawa buah tangan apabila balik kampung, tapi tak bagi duit.
  • Netizen sokong: bagi bila ikhlas, bukan sebab disuruh.

Wanita berkenaan turut menegaskan bahawa bukan jumlah wang yang menjadi isu, tetapi sikap mentua yang seolah-olah berasa berhak menentukan kewangan menantu.

“Bukan nilai duitnya yang penting, tapi keberanian mentua nak arahkan menantu bagi duit sedangkan anak sendiri pun tak pernah hulur walau seringgit,” katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Sementara itu, netizen menasihati wanita tersebut agar mengabaikan permintaan ibu mentuanya dan hanya menghulurkan pemberian jika benar-benar ikhlas.

"Sebenarnya kita ni boleh je bagi cuma janganlah bagi arahan. Rasa macam kena paksa pula.

"Kalau dah demand tiap kali datang mesti bagi yang awalnya ikhlas jadi tak ikhlas, jadi buat orang malas dah nak bagi.

"Mentua, ipar duai tiada hak langsung atas duit kita. Bodoh piang mak mentua awak tu," katanya.  

 

 

Artikel Lain