SEORANG wanita berasa kurang senang dengan tindakan keluarga pengantin lelaki yang didakwa tidak menyumbang sebarang dana untuk majlis kahwin namun berlagak sebagai tuan rumah.
Berkongsi cerita mengenai kenduri kahwin pihak pengantin perempuan, wanita itu berkata famili pengantin lelaki selamba hadir dan membuka meja serta membawa cenderahati sendiri untuk diagihkan kepada tetamu mereka yang dijemput.
Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan sama ada penganjur majlis itu merupakan ahli keluarganya atau dirinya sekadar dijemput sebagai tetamu.

'Salam kaut' menjadi tradisi di majlis perkahwinan. -Gambar hiasan
"Belah lelaki tak ada bagi duit sesen pun untuk majlis tapi tiba-tiba famili sebelah lelaki open table (buka meja) bawa goodies sendiri.
"Mereka jemput hampir 100 orang dan ambil semua duit salam kaut daripada tetamu pihak dia yang datang tu," ujarnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sibuk nak jemput 1,000 tetamu, anak pula tak cukup bajet... Bakal pengantin pening kepala penuhi ‘wedding dream’ orang tua
ARTIKEL BERKAITAN: Mak pengantin lelaki kemaruk duit ‘salam kaut’, hati tak tenang dapat tahu resepsi rumah menantu dapat 18K!
Menurut wanita ini lagi, majlis perkahwinan yang berlangsung itu bukanlah perkongsian yang disepakati lebih awal antara kedua-dua buah keluarga sebaliknya dianjurkan oleh keluarga pengantin wanita sahaja.
Lebih mengejutkan, pada sebelah pagi sebelum majlis bermula, keluarga pihak lelaki turut meminta makanan dibawa ke masjid kerana mereka belum menikmati sarapan.
- Wanita luah rasa terkejut keluarga pengantin lelaki ‘berlagak tuan rumah’.
- Dakwa mereka tak keluarkan duit tapi buka meja dan bawa goodies sendiri.
- Siap jemput hampir 100 tetamu sendiri serta ambil semua salam kaut.
- Keluarga lelaki juga minta makanan dibawa ke masjid sebab belum sarapan.
- Netizen kecam tindakan itu, anggap tak beradab dan memalukan.
"Majlis tu bukan kongsi tau dan sebelumnya pihak lelaki ada minta makanan dibawa ke masjid untuk keluarga mereka sebab belum bersarapan untuk majlis nikah.
"Kalau ikut perjanjian, mereka patut datang tengah hari tapi datang awal sebab lapar," tambahnya yang geram dengan tindakan sebegitu.

Warga maya meluahkan simpati terhadap nasib pengantin perempuan.
Perkongsiannya menjadi tular dengan ramai netizen menyifatkan tindakan keluarga pihak lelaki sebagai tidak wajar dan memalukan.
"Perkara tak jadi macam ni kalau pengantin lelaki tak lepas tangan dan keluarga dia ada common sense. Macam mana boleh terjadi di luar kawalan?
"Beraninya ambil duit salam keruk, bimbang betul keluarga macam ni.
"Tak malu ke 'rembat' duit salam kaut sebelah perempuan? Kalau aku, dah kena 'sound' keluarga tu," demikian reaksi netizen.


