SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui suaminya berlaku curang dengan rakan sekerja.
Berkongsi kesedihan dialami, wanita berkenaan berkata kecurangan suami terbongkar selepas dia tergerak hati untuk memeriksa telefon bimbit miliknya.
"Tengah malam tu saya tak dapat tidur, rupanya Allah gerakkan hati untuk check telefon dia (suami)," ujarnya di Thread.

Kebanyakan pasangan bertahan dalam hubungan toksik demi anak-anak. -Gambar hiasan
Malah dia juga terkejut melihat notifikasi yang masuk, memaparkan mesej romantik bersama emoji 'flying kiss' yang dihantar kepada suaminya sekali gus membuatkan dia mengimbau tentang kerja luar kawasan yang dimaklumkan.
"Aku tengok ada notifikasi masuk 'sayang jangan lupa bawa baju hitam, I suka tengok you pakai tu'.
"Aku terkedu! Scroll ke bawah ada rancangan (mereka) nak check-in hotel pada Rabu minggu depan.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami terjun lembah songsang lepas isteri kantoi berzina! Kembali buru lelaki dalam aplikasi ‘topeng’ - “Setia aku tamat kerana perempuan”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak minta cerai walau suami kantoi curang, tapi letak syarat penting... Hanya ke mahkamah syariah lepas anak tamat ijazah
"Tapi dia (suami) cakap kat aku yang dia kena pergi outstation," tambahnya.
Rahsia yang terbongkar melalui mesej itu membuatkan dia menangis sehingga hilang suara.
Malah dia mula sedar bahawa suaminya yang selama ini sering dibangga-banggakan dan 'ditayang' di media sosial turut menjadi idaman wanita lain.
- Wanita dedah suami curang dengan rakan sekerja.
- Terbongkar lepas periksa telefon suami tengah malam.
- Jumpa mesej romantik dan rancangan check-in hotel.
- Masih jalankan tanggungjawab isteri walau hati retak.
- Netizen simpati, nasihat supaya kuat dan lepaskan.
Dia turut mengakui tindakannya itu sedikit sebanyak telah 'mempromosikan' suaminya kepada khalayak.
"Aku bangga post pasal dia (suami) di status, story, rupanya selama ini aku tengah promote lelaki yang orang lain pun tengah rebut.
"Suami aku perfect, nafkah semua cukup," katanya yang mula menyedari kesalahan diri.

Ramai yang menyatakan penceraian adalah jalan terbaik.
Dalam hantaran susulan, wanita itu berkata dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai isteri walaupun hatinya sudah ‘retak’.
"Aku masih masak, masih basuh baju dia, tapi dalam hati ni dah lama retak. Aku pernah terfikir nak fail cerai tapi setiap kali terfikir, terbayang Arash (tiang) bergegar.
"Dosa perempuan minta cerai tanpa sebab yang syarie, setiap malam rasa jijik apabila dia sentuh," luahnya lagi.
Kisahnya itu meraih perhatian ramai dengan kebanyakan netizen menzahirkan rasa simpati serta menitipkan doa agar dia diberi kekuatan menghadapi ujian rumah tangga.
"Kalau sampai check-in tu, baik cerai... janganlah jadi bodoh untuk taat sangat dengan orang macam tu.
"Kau takut hilang dia sebab apa? Sebab benda lain sempurna, cuma setia sahaja yang kurang?
"Nak tahu apa hukuman yang setimpal? Rejam sampai mati, begitulah seriusnya kesalahan suami awak," demikian atara reaksi netizen.


