SEORANG pelayar di laman X meraih perhatian selepas berkongsi kisah dirinya yang pernah tinggal sebilik dengan wanita berperwatakan lelaki yang cenderung menyukai kaum sejenis (pengkid).
Menurut wanita itu, mereka ditempatkan dalam bilik yang sama ketika mengikuti satu kursus yang dijalankan selama sebulan.
"Ada satu hari, pengkid tu buat panggilan video dengan kawannya. Dia tunjuk perempuan-perempuan yang ada dalam bilik.

Tiada wanita yang suka apabila foto mereka dirakam ketika sedang tidur. -Gambar hiasan AI
"Aku tidur tapi perasan yang kamera dihalakan ke arah aku. Biasalah, kami pakai sport bra dengan seluar pendek," imbasnya.
Selain keadaan dirinya berpakaian tidak sopan yang dikongsi tanpa kebenaran, wanita itu berkata nombor telefonnya turut disebarkan oleh pengkid berkenaan.
"Selepas bangun tidur, aku dapat WhatsApp daripada nombor tak dikenali. Rupanya kawan pengkid yang dia video call tu. Dia chat nak kenal.
- Wanita imbas kisah sebilik dengan pengkid ketika kursus.
- Dia menyifatkan pengkid itu sebagai insan yang prihatin dan baik.
- Namun, pengkid itu melakukan beberapa gangguan ke atasnya.
- Dia juga menolak cinta pengkid itu dan mengaku sudah memiliki teman lelaki.
"Rupanya pengkid (sebilik) tu hantar gambar aku tidur. Aku tidur pakai sport bra, dia kata aku comel dan mantap," ceritanya lagi.
Antara lain, wanita itu mendakwa pengkid berkenaan juga pernah menumpang katilnya ketika dia sedang tidur.
Di sebalik kisah-kisah buruk yang diceritakan, dia juga menyifatkan pengkid itu sebagai individu yang prihatin terhadap orang sekeliling.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengkid viral guna gelaran Tengku? Bekas kekasih dah siap beli hantaran, tak jadi kahwin selepas kantoi jantina sebenar
ARTIKEL BERKAITAN: Pengkid cantik bikin mak nyah angau, nak kahwin lepas 5 hari berkenalan... Restoran Arab jadi asbab naluri songsang berubah
"Fizikal macam lelaki, handsome, caring, suara pun garau. Waktu aku tak sihat, selamba dia angkat aku dan bagi makan ubat.
"Dia ada luah perasaan dekat aku. Aku cakap baik-baik yang aku dah ada teman lelaki. Aku cakap aku berkawan dengan semua orang.
"Sebenarnya aku tipu. Aku tiada kekasih. Sampai sekarang dia masih cari aku sebenarnya," kongsinya lagi.


