suria

Pengkid viral guna gelaran Tengku? Bekas kekasih dah siap beli hantaran, tak jadi kahwin selepas kantoi jantina sebenar

Aliya (kiri) berkata dia nyaris berkahwin dengan pengkid itu.

VIDEO tular memaparkan seorang wanita memakai ihram ketika mengerjakan umrah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Kisah tersebut bertambah hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai Aliya membuat pendedahan mendakwa dia merupakan mangsa penipuan pengkid itu.

Menurut Aliya, pengkid yang dikenali sebagai Mohd Syahid atau Ayid itu menipu atas nama agama sehingga mereka nyaris berkahwin sebelum segala tipu helah terbongkar baru-baru ini.

18EB882D-D61B-464D-BBE8-B00081EB609B

Aliya mendakwa telah membeli hantaran sebagai persiapan perkahwinan gara-gara diperdaya pengkid itu. (Gambar Hiasan)

"Ni bukan kawan, kalau kawan aku tak kisah apa kau nak buat. Benda ni memberi kesan kepada aku. Bukan skandal, dia tak skandal-skandal. Dia girlfriend-girlfriend, bakal kahwin, kau faham tak?

"Dia bukan level-level yang you sayang I, I sayang you, bukan. Kalau setakat kawan-kawan aku tak heran babe. Aku dah beli barang hantaran.

"Sesiapa yang pernah masuk live aku sebelum ni, korang tahu aku pernah beli barang hantaran dan aku jual balik barang hantaran tu dekat live," ujarnya.

Tambah Aliya, pengkid itu juga pernah bertanya sekiranya dia mahu melakukan ibadah korban dengan kadar RM500 untuk satu bahagian.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal la! Pengkid selamba tunai umrah pakai ihram, siap buat video latar belakang Kaabah... ramai marah sampai harap kena panah petir

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok bergelumang maksiat, rupa-rupanya ‘nikmat’ buat dosa adalah azab Allah... Pendosa tak sedar sedang dihukum!

Namun katanya, dia menolak tawaran itu kerana tidak mampu dan mendakwa ada wanita lain di TikTok telah terpedaya sehingga memberi wang untuk dipinjamkan kepada pengkid tersebut.

"Financially saya tak mampu, aku cakap macam tu kat dia. Jangan tanya la tak tahu ke dia perempuan? Kalau aku tahu, kau rasa aku nak ke kat dia? Nasib baik aku berjaya selamatkan diri. Kalau tak, RM500 lesap.

"Sebab ada perempuan kat TikTok yang bagi pinjam dia duit. Aku tak adalah bodoh sangat tak boleh beza lelaki dengan perempuan. Masalah dia sekarang, suara dia besar.

"Bila aku check, ada satu pil ni, ada satu kaedah dapat merubah suara pengkid jadi besar. Suara dia memang besar, suara dia macam kau baru akil baligh, macam baru mimpi basah.

553

Perbuatan pengkid itu ketika berada di Makkah mengundang kemarahan ramai.

"Part ibadah korban tu aku berjaya selamatkan diri. Kalau aku bagi duit, aku sama je bangang macam perempuan lain," dakwanya lagi.

Dalam sesi live yang dibuat menerusi TikTok, Aliya turut berkongsi bagaimana penyamaran jantina pengkid itu terbongkar.

"Aku bagi tip, korang kalau ada boyfriend atau orang baru nak start relationship dengan kau, kau tolonglah banyak kali tag nama dia dekat Instagram. Bila kau tag nama dia hari-hari orang akan noticed.

"Lepas tu kau buat la kapsyen yang sweet. Sebab aku buat kapsyen macam tu la, kawan aku sendiri cari aku cakap 'ni perempuan babe, kau tak boleh kahwin dengan dia'.

Allah tak bagi balasan kena panah petir as I wish, tapi Allah bagitahu satu Malaysia kegiatan kau.

ALIYA

"Ada orang tanya tadi, tak check ke jari dia? Saya tak pernah check jari orang walaupun masa video call. Tak nampak payudara dia, saya baru sebulan dengan dia. Tak pernah pegang tangan.

"Tak bau ke dia macam lelaki ke perempuan? Ya Allah, kau ingat aku anjing ke? Tak ada! Tak sempat, faham tak? Aku tak buat benda macam tu. Tak jumpa, video call je. Tak sempat jumpa dah kantoi dia perempuan," dedahnya lagi.

Menurut Aliya lagi, pengkid itu turut menggunakan akronim TMS pada nama media sosialnya yang membawa maksud Tengku Mohd Syahid.

"Sosial media dia Ayid TMS. Dulu aku macam pelik. Aku tanya dia, kenapa nama you Ayid TMS. Dia cakap TMS tu nama company dia. Tapi dia ada plot twist.

"Bila ada stranger dekat Facebook dia direct message (DM) aku, tanya dia ni orang Perak kan? Betul tak nama dia Tengku Mohd Syahid (TMS). Kau punya nama memang nak keturunan ada-ada je.

pengkid 2

Tangkap layar foto yang tular di media sosial.

"Masa aku jadi girlfriend dia, aku tak pernah cakap dia handsome. Sebab dia memang tak handsome pun. Aku dah spill tapi tak aku cakap balik. Masa dia cakap nak kahwin, aku dah fikir dah. Aku macam, aku ni betul ke nak kat dia?

"Aku boleh reda ke dapat laki macam ni? Nanti anak aku rupa macam mana? Tapi aku macam tak apalah Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Kalau jodoh aku, dekatkanlah. Kalau bukan jodoh aku, jauhkanlah. Tak sampai sebulan dah kantoi dah. Aku bersyukur sangat," ujarnya.

Dalam live itu, Aliya juga sempat memberi ucapan khas buat pengkid tersebut dan memohon agar dia segera berubah.

"Aku rasa dia ada dalam live ni. Aku nak cakap macam ni je. Ayid... Eh salah. Eh S*******i, dah-dah la, balik la. Lama sangat tu. Kau nak tipu apa lagi? Aku tahu kau kuat menipu.

pengkid3

Wanita berperwatakan lelaki ini dikenali sebagai Ayid.

"Tapi kau punya menipu tak clean. Engkau kalau menipu dengan perempuan lain memang clean. Tapi aku dah pernah cakap dengan kau masa awal-awal kenal.

"Dulu masa aku jadi girlfriend awal-awal, aku cakap dalam live, sebab dia suka masuk live aku... Sekali you tipu I, I akan make sure you FYP. Tapi Allah tu kerja dia cantik sangat.

"Allah tak bagi balasan kena panah petir as I wish, tapi Allah bagitahu satu Malaysia kegiatan kau," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang membantu usaha mengesan pengkid itu didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, pelaku menggunakan visa pelancongan bagi menunaikan umrah seperti yang tular baru-baru ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain