suria

Isteri berkeras tak mahu balik rumah mentua, bagi alasan ‘alergi’ tengok biras! Suami serba salah terkenang mak ayah di kampung

Hubungan kekeluargaan boleh terputus disebabkan masalah peribadi. -Gambar hiasan AI

PERASAAN tidak selesa pasti menyelubungi diri apabila mengetahui terdapat ahli keluarga yang menjadi 'orang ketiga' dalam hubungan rumah tangga.

Melalui situasi tersebut, seorang lelaki mengaku dia membenci kakak iparnya yang didakwa adalah 'penyondol' dalam perkahwinan abangnya. 

"Kakak ipar aku penyondol, jadi aku dengan isteri memang tidak suka dia dan abang aku," luahnya di Thread.

Mempunyai hubungan terlarang dengan suami orang adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan

Mempunyai hubungan terlarang dengan suami orang adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan

Menurut lelaki ini, perasaan tidak suka itu membuatkan dia dan isteri sedaya upaya mengelak daripada bertemu dengan abangnya.

Namun hal itu menjadi lebih rumit apabila isterinya pula menyatakan keengganan untuk pulang ke rumah keluarganya jika pasangan terbabit ada di sana.

"Tapi sekarang dah jadi masalah. Isteri aku tak mahu balik rumah mak ayah kalau penyondol dan abang aku ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia hanya sekejap, ‘penyondol’ rumah tangga derita sakit sampai kena buang Rahim - “Tak tahulah kifarah atau apa”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak tahan tengok kakak jadi ‘penyondol’, hanyut dalam cinta suami orang - “Saya cari isteri lelaki tu”

"Niat nak jumpa mak ayah je, sepatutnya dia buat tak peduli je pada dua ekor (abang dan kakak ipar) tu.

"Sudahlah mereka berdua rajin menempel dekat rumah mak ayah aku. Jadi aku tak boleh balik tengok mak ayah sampai bila-bila ke?" luahnya yang buntu dengan sikap isteri.

  • Lelaki benci kakak ipar didakwa jadi orang ketiga rumah tangga abangnya.
  • Dia dan isteri elak bertemu pasangan itu kerana rasa tidak selesa.
  • Isteri enggan pulang ke rumah mentua jika abang dan kakak ipar ada.
  • Lelaki tersepit, bimbang hubungan dengan ibu bapa terjejas.
  • Netizen nasihat supaya bertegas dan utamakan tanggungjawab kepada mak ayah.

Seolah-olah tersepit dengan situasi yang berlaku, dia juga bimbang untuk pulang sendirian selepas isterinya sering menunjukkan tanda protes.

"Kalau nak balik juga, kena balik sendiri. Tapi baru je cakap nak balik... dia (isteri) buat muka," tambahnya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta dia bertegas dan tidak terlalu menurut kemahuan isteri.

Warga maya memberi nasihat dan buah fikiran padanya.

Warga maya memberi nasihat dan buah fikiran padanya.

"Balik je sendiri, tak perlu tanya dia sebab mak ayah tu tanggungjawab awak.

"Tak payah berlebih sebab nanti mungkin mereka suami isteri juga yang anda akan minta tolong.

"Benci penyondol pun janganlah sampai tak mahu balik kampung, rasa macam alasan isteri kau je tu," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain