suria

Wanita sedih majlis akikah ‘sendu’, kehadiran tak sampai separuh... Jemputan bagi alasan malu sebab ‘freehair’, tiada baju putih

Tuan rumah biasanya akan menyediakan beberapa lauk untuk tetamu majlis mereka. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meraih perhatian warganet selepas meluahkan rasa sedih akibat pembaziran yang berlaku ketika majlis akikah di kediamannya.

Katanya, dia tidak menyangka kehadiran tetamu begitu sedikit walaupun sudah menghantar jemputan awal dan membuat persiapan rapi untuk majlis itu.

"Bayangkan, jemput untuk majlis akikah 100 orang tapi yang datang cuma 42 orang. Banyak betul nasi dan lauk tak habis.

Tuan rumah perlu berpada-pada dalam penyediaan makanan agar tidak berlaku pembaziran. -Gambar hiasan

"Rasa sayang dan sedih pun ada. At least, boleh sahaja WhatsApp (maklumkan) maaf tak dapat hadir. 

"Jadi kita boleh jemput tetamu lain yang mungkin nak datang," tulis wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia mendakwa ada segelintir jemputannya memberikan alasan yang tidak masuk akal atas ketidakhadiran mereka.

  • Wanita sedih ramai jemputannya tak hadir majlis akikah.
  • Dia menjemput 100 tetamu, namun hanya 42 yang hadir.
  • Dia sedih berlaku pembaziran makanan akibat ketiadaan ramai tetamu.
  • Wanita itu dedah ada tetamu beri alasan tidak masuk akal seperti tiada pakaian putih.

"Ada pula yang bagi alasan tak ada baju putih dan freehair. Padahal bukan buat majlis dekat masjid. 

"Rasanya ini kali pertama dan terakhir buat majlis macam ni, sebab membazir sangat... sayang," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir kenduri belah perempuan, famili pengantin lelaki jemput 100 tetamu sendiri... 'Rembat' duit salam kaut!

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”

"Wedding saya jemput 500 pax, kemudian ayah tambah lagi 800 pax. Yang datang tak sampai 1,000 pax.

"Sama macam saya. Buat majlis hari lahir anak. Bajet 150 pax, yang datang dalam 30 orang.

"Lain kali kena siap-siap sediakan plastik untuk 'tapau' makanan bagi sikit-sikit dekat tetamu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain