NIAT untuk membantu rakan dalam kesusahan akhirnya menyakitkan hati sendiri apabila kawan mengambil kesempatan atas kebaikannya.
Itulah luahan seorang wanita yang berkongsi pengalaman di media sosial selepas merasakan diri dipergunakan oleh rakan yang meminta pertolongan berkaitan pengangkutan.
Menurut wanita berkenaan, dia menerima panggilan telefon daripada rakannya dan menjawab panggilan tersebut kerana menyangka berlaku perkara kecemasan.
Kebanyakan individu memilih berkongsi kenderaan (carpool) untuk berjimat. -Gambar hiasan
"Dia minta tolong hantarkan dia pergi kerja dari Kepong ke Damansara Damai.
"Masa dalam perjalanan nak hantar dia pergi kerja tu, tanya la mana husband dia.
"Dia jawab husband dia dah pergi kerja sebab lambat, jadi dia tak nak naik Grab sebab mahal dekat RM40. Aku sumpah ingat sebab tak ada Grab," tulisnya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah rakan suka ajak 'lunch' luar tapi asyik tumpang kereta orang, beri bermacam alasan tak masuk akal
ARTIKEL BERKAITAN: Pintu tak tutup rapat, enjin masih hidup... Wanita balik dari tandas hampir mengamuk, pakcik selamba tinggal kereta pergi makan di food court!
Tidak cukup dikejutkan dengan alasan remeh, wanita berkenaan sekali lagi terkedu apabila rakannya itu langsung tidak menghulur wang sebagai tanda menghargai pertolongannya.
"Dah sampai, dia cakap terima kasih dan 'blah'. Duit minyak tak ada, kena lalu tol. Aku pun balik rumah, menung. Kena game ke apa ni?" kongsinya.
Menurut wanita itu, sebelum ini rakannya pernah beberapa kali meminta pertolongan untuk diambil dan dihantar pulang dari tempat kerja, namun dia tidak berkira kerana ikhlas mahu menolong.
Seorang wanita meluahkan rasa geram selepas merasakan dirinya dipergunakan oleh seorang rakan.
Dia menyangka panggilan rakannya bersifat kecemasan, namun hanya diminta menghantar ke tempat kerja.
Rakannya enggan menaiki Grab kerana tambang mahal, tetapi tidak memberi duit minyak atau tol.
Situasi sama pernah berlaku beberapa kali sehingga membuatkan wanita itu terasa dirinya diambil kesempatan.
Perkongsian tersebut mengundang simpati netizen yang menasihatkan agar dia menetapkan batas dalam persahabatan.
"Tapi bila call Sabtu pagi tu, rasa macam kena game pula sebab alasan dia Grab mahal.
"Nak tolong tak kisah tapi dia punya kaya tu pakai barang branded eh... tapi Grab mahal kedekut. Geram betul," luahnya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati, namun ramai turut menasihatkan agar wanita berkenaan belajar untuk menetapkan batas dalam persahabatan supaya tidak terus dipergunakan.

Sebahagian daripada komen netizen.
"Dah tahun 2026 ni ada lagi manusia yang sanggup jadi 'balaci' kawan-kawan.
"Dah boleh stop buat charity kot. Itu tanggungjawab suami dia.
"Jenis macam ni la 'pala't. Mempergunakan orang. Nak selesa, tapi tak nak keluar duit. Elok kena maki," antara komen netizen.


