SEORANG wanita tampil berkongsi pandangan terhadap amalan adat mengenakan bayaran 'tol' dalam majlis perkahwinan di Johor.
Menurutnya, dia pernah menyaksikan sendiri situasi di mana sampul tol dibuka dan jumlah pemberian dipersoalkan keluarga pengantin perempuan.
Malah, rombongan pengantin lelaki diminta menambah jumlah wang sehingga pihak tertentu berpuas hati sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.
Ada sebahagian pengantin lelaki tidak menggemari adat tol dibuat terhadap mereka. -Gambar hiasan
"Ada jenis buka sampul lepas tu kata tak cukup, kena bagi jumlah yang dia puas hati baru dapat jalan.
"Annoying. Macam memalukan rombongan pengantin lelaki pun ye juga," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Adat ‘tol’ kahwin sentiasa ada drama... RM5 ditolak, sudahnya rombongan pengantin kalut sorok-sorok masuk duit dalam sampul
ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan kasihan suami banyak belanja kahwin... Mentua tak keluar satu sen, tetap kemaruk duit ‘salam kaut’
Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap hantaran seorang lelaki yang menasihati pengantin perempuan agar lebih awal memaklumkan kepada pasangan masing-masing tentang adat tersebut.
Lelaki itu mencadangkan supaya disediakan banyak sampul walaupun hanya berisi RM1, bagi mengelakkan situasi memalukan apabila duit tol tidak mencukupi.
"Kesian aku tengok pengantin lelaki tak cukup duit tol, tiba-tiba ahli rombongan terpaksa keluarkan duit masing-masing, siap ada yang hulur RM50.
"Benda ni adat suka-suka je nak have fun. Kau letak 20 sen pun takpe. Benda ni for fun tak menyusahkan sesiapa pun," katanya.
- Wanita mempersoalkan adat tol kahwin di Johor yang dianggap memalukan pengantin lelaki.
- Sampul tol didakwa dibuka dan jumlah wang dipertikaikan.
- Rombongan lelaki terpaksa menambah duit secara mengejut.
- Adat tol sepatutnya sekadar suka-suka, bukan membebankan.
- Netizen turut simpati dan kongsi pengalaman serupa.
Pandangan itu menarik perhatian netizen yang mendakwa adat berkenaan ada kalanya memalukan pihak pengantin lelaki.
"Pernah nampak depan mata kesian rombongan pengantin laki. Padahal perempuan tu dah jadi bini sah. Malu orang tu disambut dengan sindiran macam tu.
"Ada yang habis beribu duit tol je sebab mereka buka sampul asyik cakap tak cukup.
"Sampai ke mak andam pun caras. Padahal duduk sebelah kampung je sama-sama orang Johor. Bukan orang senang pun... kesian," komen netizen.


