LAMAN sosial seperti Threads kini menjadi platform popular untuk rakyat Malaysia meluahkan isi hati mereka.
Namun, wujud pula individu yang dilihat sengaja menggunakan platform itu bagi membangkitkan isu-isu tidak penting sehingga mengundang kemarahan ramai.
Kali ini, seorang pemuda diselar netizen selepas dia mempertikaikan aktiviti perhimpunan sekolah yang didakwa menganiaya golongan murid.

Netizen tegur sikap orang zaman sekarang yang terlalu memanjakan anak. -Gambar hiasan
"Pagi-pagi tengok perhimpunan sekolah adik aku. Aku blur kejap. Cikgu-cikgu semua duduk di kerusi, elok bersandar.
"Anak murid duduk lantai panas, bersila macam camping. Aku bukan nak kurang ajar. Tapi ni perhimpunan ke latihan askar nak berperang?
"Budak-budak ni bukan kayu. Pinggang mereka nak pakai lama. Lantai keras, punggung nipis. Kerusi reserved untuk orang dewasa je.
- Pemuda luah rasa tidak puas hati terhadap aktiviti perhimpunan sekolah adiknya.
- Dia kasihan melihat murid-murid duduk di atas lantai sepanjang perhimpunan.
- Dia juga mempersoalkan guru-guru yang duduk di atas kerusi ketika perhimpunan.
- Rata-rata pelayar Thread menyelar pemuda itu kerana membangkitkan isu yang tidak penting.
"Kalau budak bangun sikit, terus dilabel tak berdisiplin. Padahal punggung cikgu pun tak sanggup duduk atas lantai lima minit," luahnya.
Di ruangan komen, majoriti pelayar Threads dilihat tidak bersetuju dengan pandangan pemuda itu.
"Normal je. Aku dulu perhimpunan duduk atas jalan tar sambil main baling batu-batu kecil dekat kawan-kawan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu persoal cara murid dipilih sertai aktiviti sekolah, anak cikgu mesti 'terpilih'! - "Tak dengki, tapi kenapa asyik muka sama?"
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 'disekolahkan' sebab kritik lepasan SPM gatal tangan conteng baju, anggap lebih baik sedekah
"20 tahun lepas lagi macam tu, apa masalah? Kenapa nak manjakan sangat?
"Cuba minta sumbangan untuk beli kerusi kecil. Tengok berapa mamat (pemilik hantaran) ni nak sumbangkan duit?
"Itu pun nak jadi isu. Dulu perhimpunan kena berdiri. Budak zaman sekarang terlalu lembik, manja," tulis netizen.


