SEORANG pemuda tempatan meraih perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya menunaikan solat di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Dalam hantaran di Threads, dia mengakui tersentuh mendengar bacaan seorang lelaki warga Bangladesh yang menjadi imam ketika menunaikan solat Subuh.
"Mamat Bangladesh yang lead solat Subuh dekat R&R Seremban tadi, kau memang buat aku terbayang solat dekat Makkah.

Semua manusia tanpa mengira warna kulit dianggap sama sahaja di sisi Allah. -Gambar hiasan
"Dari bacaan, sampailah salam dah macam imam Masjidil Haram. Aku rasa dia kerja dekat R&R tu, sebab pakai vest.
"Sempat tanya dia orang mana, puji dia lead macam imam Makkah. Dia cakap Alhamdulillah sambil senyum," tulis pemilik akaun Thread Amerftrie.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tersentuh membaca perkongsian penuh inspirasi itu.
- Pemuda tular selepas kongsi kisah solat di R&R.
- Dia tersentuh dengar bacaan imam warga Bangladesh.
- Dia menyifatkan pengalaman itu seperti solat di Makkah.
- Ramai netizen turut kongsi kisah menunaikan solat dengan warga asing.
"Alhamdulillah atas nikmat Islam yang tidak membeza-bezakan kita semua kerana garisan bangsa dan sempadan geografi.
"Alhamdulillah, sebak pula rasa. Rasa nak solat Subuh di R&R Seremban. Pangkat dan harta kita tiada nilai, yang paling bernilai adalah ketaqwaan kita.
"Saya rasa pernah jumpa pekerja Bangladesh ni. Saya rasa dia memang Hafiz. Masa tu saya, suami dan abah saya memang kagum. Suara dia sedap sangat, tak tipu," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Muda lagi dah solat guna kerusi” - Wanita tahan amarah disindir makcik dalam surau, nak sembahyang tapi tak jaga lidah!
ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"
Beberapa pelayar Threads yang lain turut berkongsi pengalaman mereka menunaikan solat yang diimamkan oleh warga asing.
"Teringat kerja kilang dulu, pekerja Bangladesh jadi imam. Nampak macam pakcik biasa-biasa. Rupanya dia imam dekat kampung sebelum datang Malaysia.
"Orang Bangladesh dan Pakistan ramai hafiz al-Quran. Tapi sebab negara mereka tu ekonomi teruk, terpaksalah kerja buruh dekat Malaysia," tulis netizen lagi.


