SEORANG gadis dikecam warga maya selepas mengakui dia suka bermanja-manja dengan teman lelakinya.
Namun dalam hantaran di Thread, gadis itu berkata teman lelakinya menunjukkan sikap seolah-olah tidak selesa dengan cara dia menzahirkan kasih sayang.
"Aku perempuan, mestilah nak perhatian. Nak tidur mesti kena call walaupun dengar suara dengkur je.

Segelintir lelaki tidak pandai untuk menunjukkan sikap romantis. -Gambar hiasan AI
"Dua kali call untuk ucap selamat malam baru dia balas. Tapi rasa macam dia rimas. Kemudian aku ucap 'I love You' dua kali.
"Dia kata aku bising. Patutkah aku terasa? Ke aku yang over? Aku baru je nak lelap, dia matikan call macam tu je," tulisnya.
Menurut gadis itu lagi, dia sukar untuk melelapkan mata sehingga pukul 6 pagi gara-gara terkenang sikap teman lelakinya.
- Gadis raih perhatian di Thread selepas kongsi cerita tentang teman lelakinya.
- Dia kecil hati gara-gara panggilan tidak dilayan teman lelakinya sebelum tidur.
- Dia juga kesal kerana lelaki itu mematikan panggilan ketika dia hampir terlelap.
- Ramai netizen beri nasihat kepada gadis itu agar menghormati teman lelakinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pelayar Thread menasihati gadis itu agar sedar diri dan menghormati teman lelakinya.
"Dia juga manusia biasa. Hormatilah dia. Jelas dia tak selesa. Dia pun mesti nak berehat.
"Dik, tinggalkan sikap tu kalau nak jadi perempuan cantik. Perempuan cantik kena tidur cukup.
"Tak payah terasa dik. Dia nak tidur, biarkan. Bagi dia masa," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Kawan hati kering! Sanggup ‘call’ minta hantar ke ofis tapi tak hulur duit minyak, tol - “Pakai ‘branded’, Grab mahal kedekut”
ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka amalan 'memandai' genapkan bayaran COD, rider bidas pelanggan kedekut - "Kami tak kaya pun dengan ekstra sen tu"
Pada masa sama, ramai juga yang turut meninggalkan komen negatif terhadap gadis itu.
"Macam budak. Nak dengar suara sebelum tidur walaupun berdengkur. Ini sejenis penyakit.
"Aku perempuan juga. Tak ada nak mengada-ngada dengar bunyi dengkur baru boleh tidur.
"Kau bukan clingy, kau gila," tulis beberapa netizen lagi bagi melahirkan rasa kurang senang mereka.


