suria

Macam hamba abdi! Pekerja asing kena ‘sesah’ 16 jam sehari tanpa cuti, tidur belakang stor - “Dia pun manusia ada perasaan”

Pekerja asing biasanya dikerah untuk kerja lebih masa. -Gambar hiasan AI

PEKERJA asing sering menjadi pilihan majikan kerana golongan ini dilihat lebih bersedia melakukan kerja berat yang bukan pilihan warga tempatan.

Selain kurang memilih kerja, pekerja asing juga biasanya sanggup bekerja lebih masa dengan kos operasi lebih rendah.

Bagaimanapun, terdapat segelintir majikan melayan golongan ini seperti tiada nilai malah menidakkan hak asasi mereka sebagai pekerja.

Seorang wanita meluahkan rasa kurang senang selepas mengetahui nasib seorang pekerja asing di tempat kerja kakak iparnya yang didakwa dikerah tenaganya tanpa diberi cuti walau sehari.

Dakwanya, pemuda 24 tahun itu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 12 malam setiap hari dengan hanya diberikan rehat selama sejam.

Majikan yang baik perlu menjaga kebaikan pekerjanya. -Gambar hiasan AI

"Dialah yang buat kerja dalam dan luar stesen minyak. Dia juga jadi cleaner dan tukang cat.

"Tempat tidur pun cuma bagi tilam dan tidur di belakang stor tapi itu bukan tempat khas untuk dia. Stor itu kira ruang kerja juga," dedahnya di Threads.

Ceritanya lagi, dia memahami persepsi segelintir pihak yang beranggapan pekerja asing tidak boleh 'dimanjakan' namun situasi itu dilihat sudah melampaui batas.

"Dia juga manusia biasa, ada perasaan penat. Itu belum lagi kalau waktu rehat tiba-tiba lori minyak sampai. Dia juga kena buat. Habis macam itu saja masa rehat dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan berat hati nak lepas pekerja asing! Walau dah belanja tiket flight balik Bangladesh, tetap akan ikhtiar terbangkan semula ke Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Taktik pekerja asing nak makan sedap! Pesan di aplikasi guna alamat orang tempatan, makanan sampai enggan bayar

"Sudahlah kerja 16 jam tapi bos kakak ipar aku ni layan baik pekerja lokal cuma yang warga asing je dia 'sesah' habis-habisan," ceritanya lagi.

Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk menyarankan supaya perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa jika pekerja berkenaan mempunyai permit kerja sah.

"Tak boleh ke buat laporan bagi pihak warga asing tu? Dia bukan hamba abdi. Sekurang-kurangnya bagi la cuti satu hari. Kalau aku tolong la mana yang mampu.

"Selalu kalau macam ni takut 'kosong' je. Kalau ada permit sah, selalu ejen mereka jaga. Memang kena ada cuti sebab di bawah kontrak," komen beberapa netizen.

  • Pekerja asing didakwa kerja 16 jam sehari tanpa cuti.
  • Dia urus pelbagai tugas termasuk jadi cleaner dan tukang cat.
  • Rehat hanya sejam, malah tidur di belakang stor.
  • Majikan dikatakan lebih baik terhadap pekerja tempatan.
  • Netizen berdebat sama ada perlu dilaporkan atau itu persetujuan bersama.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat keadaan itu mungkin berlaku atas persetujuan bersama antara pekerja dan majikan, terutama jika pekerja tersebut tidak mempunyai dokumen lengkap.

"Ada permit ke tak? Selalunya nak kesian tak boleh sebab memang itu persetujuan dia dengan bos. Dia pun untung juga tak payah bayar apa. 

"Duduk dalam stor tu dah kira untung sangat sebab semua percuma. Yang kosong dekat luar kena menyewa. Tak payah la kesian. Dia okey je.

"Memang dia yang setuju je. Bukan teraniaya, persetujuan bersama ni," komen seorang lagi netizen memberi pendapat.

Artikel Lain