suria

Kekasih bernafsu songsang, kantoi ralit tengok gambar lelaki... Wanita ragu-ragu nak teruskan pertunangan - “Kenapa tak jujur dari awal?”

Pasangan perlu berlaku jujur dalam sesebuah hubungan. -Gambar hiasan AI

HASRAT wanita melangsungkan pertunangan pada Ogos depan terbantut apabila dia mendapat tahu teman lelakinya bernafsu songsang.

Dakwanya, dia mengetahui perkara tersebut selepas ternampak teman lelakinya sedang melihat aplikasi temu janji sesama jantina yang dipenuhi gambar lelaki ketika kekasihnya sedang menggunakan telefon. 

Kata wanita itu, hatinya hancur apabila mengetahui kebenaran tersebut apatah lagi hubungan mereka sudah berada pada tahap serius.

Malah perancangan bertunang juga sudah diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.

Kejujuran penting bagi mengekalkan hubungan yang aman dan sejahtera. -Gambar hiasan AI

"Aku nampak dia buka satu aplikasi penuh dengan gambar lelaki. Bila aku tanya sama ada dia gay, dia tidak mengaku dan terus marah-marah.

"Bila aku siasat, nampak profil dia dekat apps itu. Serius aku terkejut dan barulah sedar circle kawan dia pun ramai biseksual, gay dan macam-macam seksualiti yang lain," luahnya di Threads.

Tambahnya, penemuan itu membuatkan dia hilang keyakinan meneruskan perancangan bertunang kerana tidak mahu memaksa diri berada dalam hubungan penuh keraguan.

"Kenapa dia tak berlaku jujur je dengan aku? Aku sudah hilang rasa yakin untuk teruskan bertunang dan aku tak nak paksa diri teruskan sesuatu yang aku sendiri sudah tidak pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon kedua tertinggal di rumah asbab kejahatan suami terbongkar... Rupanya berselera songsang, ‘inbox’ penuh aksi terlarang!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terjun lembah songsang lepas isteri kantoi berzina! Kembali buru lelaki dalam aplikasi ‘topeng’ - “Setia aku tamat kerana perempuan”

"Sekarang aku tak tahu macam mana nak jelaskan dekat kedua-dua belah pihak keluarga kami," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat kewujudan aplikasi tersebut sudah cukup menimbulkan persoalan besar mengenai kecenderungan sebenar lelaki itu.

"Kalau sudah ada apps tu, confirm la boyfriend tu suka lelaki juga. Cuma tak tahu la dia gay atau biseksual. Ada beza tu.

"Kalau masih nak teruskan hubungan dengan lelaki tu, buat pemeriksaan di klinik. Buat ujian HIV dan pemeriksaan bahagian buntut dia.

  • Hasrat bertunang terbantut lepas ternampak BF menggunakan aplikasi temu janji sesama jantina.
  • Wanita itu terkejut apabila mendapati profil teman lelakinya sendiri berada dalam aplikasi tersebut.
  • Dia juga mula menyedari kebanyakan rakan pasangannya terdiri daripada golongan biseksual dan gay.
  • Penemuan itu membuatkan dia hilang keyakinan untuk meneruskan pertunangan.
  • Netizen menasihatkannya supaya berfikir semula dan membuat pemeriksaan kesihatan.

"Kalau masa silam gelap dia sebagai lelaki songsang tapi sudah tinggalkan, okey je sis. Manusia boleh berubah tapi kalau dia masih ada aplikasi dan berhubung dengan lelaki sebagai hubungan istimewa itu namanya curang," komen beberapa netizen.

Dalam konteks Islam dan norma masyarakat di Malaysia, hubungan songsang dianggap sebagai perbuatan yang dilarang keras serta termasuk dalam dosa besar.

Ia bercanggah dengan fitrah kejadian manusia dan syariat Islam, selain boleh membawa kemudaratan dari sudut kesihatan serta keruntuhan akhlak.

Amalan ini juga sering dikaitkan dengan risiko penularan penyakit berjangkit seperti HIV dan boleh menjejaskan institusi kekeluargaan.

Artikel Lain