suria

Lama pendam, wanita akhirnya ‘meletup’ hadap perangai orang Perlis memandu! Santai tak kena tempat, perlahan di lorong kanan

Memandu terlalu santai dan perlahan boleh mendatangkan tekanan kepada pemandu lain. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa geram terhadap sikap segelintir pemandu di Perlis yang didakwa mementingkan diri serta kurang bertimbang rasa.

Menurutnya, pemanduan pengguna jalan raya di negeri utara itu terlalu perlahan hingga menjadi punca kesesakan dan kenderaan beratur panjang.

Tambahnya, sikap terlalu tenang sebahagian pemandu juga menyebabkan sebahagian pengguna jalan raya di negeri itu tertekan.

Kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan sesorang pemandu menjadi pemarah. -Gambar hiasan AIKesesakan lalu lintas boleh mengundang rasa marah dalam kalangan pemandu. -Gambar hiasan AI

"Selfish gila, dah la sepanjang Jalan Kaki Bukit bawa 60km/j. Punca kereta beratur panjang. 

"Terpaling Perlis ka? Dah 2025, bawa-bawa la berubah, acah terpaling tenang pula. Kalau nak bawa perlahan duduk (pandu) la kiri bukan kanan," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cuba tahan, tapi terberak juga dalam kereta! Malang nasib polis pula suruh berhenti tepi

ARTIKEL BERKAITAN: Pandu kereta macam kura-kura waktu ‘peak hours’, lelaki ini mohon maaf... Rupanya jaga luka isteri bersalin, 2 kali kena ‘operation’

Wanita itu turut menyindir sikap memandu terlalu perlahan, seolah-olah tidak memikirkan pengguna jalan raya lain yang mungkin mempunyai urusan penting.

"Dia nak bawa santai tanpa fikir orang lain ada hal kecemasan. Tak bertimbang rasa langsung.

"Tu belum kira dekat bulatan Kangar lagi. Dia bawa kereta di tengah-tengah, kejap lorong kiri, kemudian lorong kanan pun jalan dia juga," katanya.

  • Wanita kritik sikap pemandu di Perlis yang mementingkan diri.
  • Pemanduan perlahan jadi punca kesesakan.
  • Lorong kanan tetap digunakan walaupun memandu perlahan.
  • Bulatan Kangar turut dikritik kerana cara pemanduan.
  • Netizen setuju isu ini sudah lama berlaku.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen yang bersetuju bahawa sikap pemanduan di Perlis jauh berbeza berbanding di negeri-negeri lain.

"Saya biasa memandu di KL dan Pulau Pinang, memang mencabar. Tapi apabila di Perlis, rupanya lagi menguji kesabaran dan kecekapan mengelak kereta yang tiba-tiba keluar simpang dengan slow motion.

"Dekat bulatan Kangar tu, lagi mencabar main masuk ke laluan orang macam tak pernah belajar memandu. 

"Lama dah isu ni, lorong kanan untuk menikmati pemandangan, lorong kiri untuk memotong," komen netizen sebagai sindiran.

Artikel Lain