TRANSAKSI pembayaran tanpa tunai yang gagal direkod dalam sistem menyebabkan kerugian yang dialami pihak kedai terpaksa ditanggung juruwang.
Begitulah nasib jurujual wanita ini yang mengeluh dengan sikap pelanggan yang tergesa-gesa beredar sebelum dia sempat mengesahkan bahawa transaksi pembayaran mereka telah berjaya atau sebaliknya.
Menurut wanita itu, sikap pelanggan seperti itu menyebabkan individu sepertinya menjadi sasaran majikan dan mereka perlu bertanggungjawab walaupun orang lain yang membuat kesalahan.
Sebahagian besar daripada pelanggan kini lebih selesa membuat pembayaran tanpa tunai. -Gambar hiasan AI
"Tolong la yang bayar guna kad atau e-wallet. Tolong tunggu sampai resit keluar atau jurujual cakap dah OK (sah) baru kamu beredar.
"Bukannya nampak keluar dari smart watch atau telefon kamu tu notifikasi 'successful' (berjaya) terus 'blah' tapi sebenarnya dekat mesin kaunter 'unsuccessful' (tak berjaya) gara-gara line problem (masalah talian).
"Ni tak pasal-pasal aku yang kena bayar sebab pelanggan yang tak reti sabar macam esok nak kiamat. Sudahlah tak pandai sabar, unsuccessful pula payment, tu dah dikira mencuri. Aku tak halal sesen pun," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pak haji sekeluarga hilang bersama kereta 'test drive'! Jurujual berjaya jejak rumah, terkejut lihat apa berlaku
ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual kereta kaki kelentong! Janji banyak hadiah akhirnya bagi payung, petrol untuk 2km... Suruh pembeli bersyukur
Dia berkata, kejadian sedemikian bukan kali pertama berlaku terhadap dirinya dan dia menegaskan bahawa pembelian bernilai kecil turut akan ditanggung oleh pekerja kaunter yang perlu menggantikan jumlah tersebut.
“Walaupun hanya RM11.80, itu tetap jumlah wang yang perlu dibayar. Saya bekerja mencari rezeki, bukan untuk menanggung kesilapan pelanggan,” ujarnya.
- Juruwang tanggung kerugian akibat pelanggan beredar sebelum transaksi disahkan.
- Notifikasi 'successful' di telefon tidak boleh percaya 100 peratus.
- Pembayaran 'gagal' akan masuk semula ke akaun pelanggan selepas beberapa hari.
- Juruwang terpaksa ganti wang pembelian gagal.
- Isu ini mendedahkan risiko transaksi tanpa tunai.
Perkongsian itu menarik perhatian seorang pelanggan yang memaklumkan bahawa walaupun resit telah dikeluarkan, pembayaran berkenaan tidak semestinya berjaya.
Katanya, dia pernah berdepan situasi di mana bank memulangkan semula sejumlah transaksi pembayaran ke dalam akaunnya pada hari sama walaupun resit pembayaran telah dikeluarkan oleh pihak kedai.
“Setelah beberapa hari, saya tergerak untuk semak transaksi bank. Rupanya pembayaran yang saya buat dah masuk balik ke akaun.
"Saya pergi kedai tu balik sebab nak bayar, cashier tu muka nak menangis kerana bimbang kesilapan itu ditanggung oleh pekerja," katanya.


