suria

Nak beli pil cegah hamil, wanita terhibur sikap staf farmasi... Mula-mula kata 'habis', stok muncul sekelip mata lepas ditunjuk kad nikah

Segelintir jurujual suka menghakimi atau memandang serong pelanggan tanpa mengetahui hal sebenar. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mencuit hati ramai netizen apabila berkongsi pengalaman lucunya ketika cuba membeli pil kecemasan (cegah kehamilan) di sebuah farmasi.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini, ketika pertama kali bertanya, pembantu farmasi memaklumkan stok pil tersebut sudah habis.

Dia yang berasa kecewa dengan jawapan tersebut kemudiannya terus berlalu pergi dari premis itu.

Pil kecemasan diambil bagi pasangan yang merancang kelahiran. -Gambar hiasan AI

Pil kecemasan diambil bagi pasangan yang merancang kelahiran. -Gambar hiasan AI

"Aku pergi farmasi biasa untuk beli pil kecemasan, kemudian pembantu jualan tu cakap dah habis dan tiada stok.

"Disebabkan itu aku pun keluar dari farmasi," ujarnya di Thread. 

Dia yang masih berharap untuk mendapatkan pil tersebut kemudiannya mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kaunter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah tunggu giliran di farmasi, orang sebelah tiba-tiba minta RM3... Lapar lepas ambil ubat, tak ada duit nak beli nasi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 11 tahun pendam rahsia, pemilik farmasi dedah ramai mahasiswi beli ‘morning-pill’! Tak segan tanya ubat gugur janin

Pada masa sama dia turut mengeluarkan kad nikah dan menunjukkannya kepada pembantu farmasi tersebut.

Namun tanpa diduga, individu berkenaan menyatakan stok pil kecemasan masih ada dan meminta izin untuk mengambilnya.

"Jadi, aku masuk balik sambil tunjuk kad nikah aku. Tiba-tiba stok ada.

  • Wanita kongsi pengalaman lucu ahli farmasi kata pil kecemasan habis.
  • Tapi bila dia masuk balik sambil tunjuk kad nikah, tiba-tiba ada pula stok pil.
  • Pembantu farmasi terus jadi peramah.
  • Netizen terhibur sebab ramai pernah kena layanan stereotaip di farmasi.
  • Ada juga kongsi pengalaman pekerja farmasi buat andaian sebelum tahu cerita sebenar.

"Akak tu cakap oh dik haah ada lagi, akak tengok kejap.

"Tapi dia sibuk bertanya kenapa aku nak ambil (pil kecemasan) tu," tambahnya yang dalam masa sama berasa lucu dengan situasi dialami.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen dengan kebanyakan turut terhibur pernah melalui situasi hampir sama.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan sikap segelintir individu yang gemar membuat andaian sendiri tanpa mengetahui situasi sebenar.

"Pernah masuk satu farmasi ni dan tanya alat uji kehamilan di rak mana, dia pandang saya atas bawah sampailah anak-anak saya masuk minta vitamin di kaunter, baru dia minta maaf.

"Dulu saya kena 'ceramah' dengan seorang ahli farmasi ni, siap cakap rosak rahim dan sebagainya tapi suami beli terus dapat sekotak.

"Aku terus bawa anak tapi dia cakap elok tambah sebab yang ni dah besar," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain