suria

Isteri 'paksa rela' tolak naik pangkat, lepaskan gaji lumayan demi cari reda suami - "Dia tak bagi, alasannya tak munasabah"

Wanita berkerjaya juga perlu akur dengan kata-kata dan keputusan suami. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas terpaksa menolak tawaran kenaikan pangkat yang bakal meningkatkan gajinya kepada RM7,500 sebulan, gara-gara tidak mendapat persetujuan suami.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini, dia kini bekerja sebagai pengurus bahagian peruncitan dengan gaji RM6,000 sebulan.

Malah lokasi tempat kerjanya hanyalah 10 minit dari rumah, berbanding suami yang perlu bekerja pada jarak lebih jauh demi mendapatkan jumlah gaji yang sama dengannya. 

Setiap pekerja mengimpikan kenaikan dan perkembangan kerjaya. -Gambar hiasan AI

Setiap pekerja mengimpikan kenaikan pangkat dan perkembangan kerjaya. -Gambar hiasan AI

"Beberapa hari lepas, orang atasan minta jawapan sama ada saya mahu kenaikan pangkat atau tidak semasa temuduga bonus dilakukan.

"Mereka tawarkan gaji RM7,500... balik rumah saya tanya suami tapi dia tak bagi atas alasan tak munasabah dan tidak boleh diterima," luahnya di Thread.

Bagi wanita ini, kenaikan pangkat yang ditawarkan itu adalah peluang terbaik dan menunjukkan perkembangan dalam kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji kecil tetap mahu jadi ‘provider’, tanggung semua perbelanjaan... Isteri bekerja dihalang bantu, guna wang untuk keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji rendah biar isteri tanggung famili, RM1 pun berkira... Duit MySara bagi ibu, tiap bulan hulur wang belanja

Malah dia mula memperincikan kebaikan serta keburukan menerima tawaran tersebut termasuk berkaitan pengurusan kewangan.

"Banyak kebaikan sebenarnya sebab saya boleh tolong support kewangan suami, sekarang pun hujung bulan saya akan bagi suami RM200 untuk belanja.

"Nafkah asas memang suami sediakan cuma saya tolong bayar bil elektrik dan air, tempat percutian dan beli belah guna duit saya melainkan beli barang anak.

  • Wanita terpaksa tolak kenaikan pangkat dengan gaji RM7,500 kerana suami tidak setuju.
  • Kini gaji RM6,000, pejabat dekat dengan rumah berbanding suami kerja jauh tapi gaji sama.
  • Kenaikan pangkat dan gaji membolehkan dia sokong kewangan keluarga.
  • Suami tidak setuju kerana perlu outstation dan bekerja hujung minggu, walaupun ibu yang jaga anak.
  • Netizen anggap keputusan suami tidak adil kerana isteri banyak tanggung kos keluarga.

"Anak dijaga oleh mak saya dan saya bagi duit belanja RM1,500 setiap bulan, makan pula saya yang masak," jelasnya mengenai perbelanjaan isi rumah.

Wanita ini berkata, suaminya tidak bersetuju dia menerima tawaran tersebut kerana dia akan kerap bekerja di luar kawasan untuk menghadiri mesyuarat dan melakukan lawatan ke kedai lain. 

"Sebulan dalam empat kali outstation, sekarang tiada masalah berkaitan penjagaan anak sebab mak memang nak jaga.

Segelintir kaum ibu berharap dapat meluangkan masa bersama anak-anak. -Gambar hiasan AI

Ibu berkerjaya perlu seimbangkan masa antara kerja dan menguruskan anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Cuma suami tak suka saya kena kerja Sabtu dan Ahad sebab dia cuti masa tu tapi dalam sebulan tetap saya boleh cuti hujung minggu," tambahnya berkongsi situasi.

Menurut wanita ini, perkara lebih mengejutkan apabila dia diminta untuk berhenti atau mencari kerja lain mengikut waktu pejabat.

Suaminya juga tidak kisah sekiranya gaji yang diperoleh lebih sedikit berbanding pendapatannya sekarang.

Warga maya berkongsi pandangan mengenai masalah yang dihadapinya.

Warga maya berkongsi pandangan mengenai masalah yang dihadapinya.

"Dia cakap tak apa, asalkan cuti Sabtu dan Ahad... boleh uruskan keluarga. Sedangkan kami bukan keluar setiap minggu.

"Saya dah banyak reda dengan keadaan tapi dalam situasi ni saya tak okay," tambahnya, buntu.

Meskipun kecewa, namun ujar wanita ini, dia sanggup menurunkan taraf kerjaya sekiranya suaminya mampu menanggung keseluruhan kos perbelanjaan keluarga, namun perkara itu tidak berlaku.

Bagaimanapun, tekanan yang dialami membuatkan dia akhirnya membuat keputusan untuk menolak tawaran kenaikan pangkat tersebut demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Perkongsiannya mendapat perhatian ramai dengan rata-rata netizen menyifatkan keputusan suaminya sebagai tidak adil memandangkan beban kewangan banyak dipikul oleh isteri.

Artikel Lain