SEORANG pengguna media sosial menarik perhatian ramai selepas meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir perantau dari Kelantan yang didakwa enggan menyesuaikan diri apabila berada di negeri orang.
Dia turut mengakui dirinya dimarahi hanya kerana menegur sikap peniaga yang masih menggunakan dialek negeri asal hingga menyukarkan pelanggan tempatan berkomunikasi.
"Ramai maki aku sebab aku kritik perantau dari Kelantan yang berniaga tak nak belajar dialek negeri tempat dia merantau.

Ramai perantau bertutur dalam dialek negeri asal kerana lebih mudah. -Gambar hiasan AI
"Kenapa perlu sampai maki-maki, cakap elok-elok boleh kan? Inikah contoh didikan orang-orang Kelantan yang digelar serambi Makkah," luahnya di Thread.
Jelasnya, teguran itu bukan bertujuan memperkecilkan mana-mana negeri, tetapi lebih kepada etika berniaga memandangkan peniaga seharusnya memudahkan urusan pelanggan setempat.
"Dah merantau ke negeri orang, buatlah cara merantau.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak rantau sedih tabiat orang Kelantan di takuk lama... Sampah merata, kedai makan kotor! - “Muka lawa-lawa tapi tandas tak jaga”
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu
"Bukan tunjuk besar kepala konon dialek Kelantan tu superior dari bahasa kebangsaan," ujarnya yang berharap bahasa kebangsaan diutamakan oleh setiap peniaga.
Dalam hantaran susulan, lelaki ini turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak begitu sensitif apabila teguran mengenai dialek dan penggunaan bahasa dibuat.
"Kalau rasa orang Kelantan ni hebat sangat, kenapa tak majukan negeri sendiri? Kenapa nak merempat di negeri orang?" soalnya.
- Lelaki tegur perantau Kelantan guna dialek pekat sampai pelanggan susah faham.
- Dia mengaku pernah dimarahi sebab kritik sikap peniaga.
- Katanya itu soal etika berniaga, bukan hina negeri.
- Netizen berdebat, ada setuju, ada anggap dia prejudis.
- Komen balas banyak sindir dirinya obses isu Kelantan.
Malah katanya, sekiranya Kelantan dimajukan, penduduk setempat di Kuala Lumpur dan Selangor tidak perlu mengalami kesesakan trafik terutama di bandar-bandar utama seperti Kajang, Shah Alam, Selayang dan Ampang.
Hantarannya itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen dengan ada yang bersetuju bahawa peniaga wajar bersikap lebih fleksibel.
Segelintir lagi menganggap teguran itu bersifat prejudis dan kenegerian.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.
"Kenapa jadi isu sampai nak petik negeri? Kita semua satu Malaysia, yang penting adalah komunikasi bukan paksa orang buang cara mereka bertutur.
"Perantau dari Johor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan pun ramai, tapi kenapa tak pernah jadi isu? Sendiri fikirlah rakyat Kelantan.
"Semoga abang berjodoh dengan orang Kelantan, tak habis-habis 'meratib' pasal Kelantan. Jangan benci sangat, takut tahun depan sama ikut hadap trafik sesak musim raya," demikian antara reaksi netizen.


