suria

Hafidz Roshdi dakwa dihalang jumpa anak-anak, mahu tunaikan tanggungjawab sebagai bapa

Hafidz (kanan) hanya mahu jalankan tanggungjawab sebagai bapa.

PELAKON Hafidz Roshdi mendakwa dia dihalang daripada bertemu dengan dua orang anaknya oleh bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Enggan terus bermusuhan, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 32, berkata konflik antara mereka tidak sepatutnya menjejaskan hubungannya dengan dua anak iaitu Humairah dan Umar.

"Saya tak nak bermusuh dengan awak. Saya nak hak lawat jumpa Humairah dah Umar saja. 

"Saya dah minta maaf. Dah lepas tanggungjawab saya. 

Luahan Hafidz yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Awak nak maafkan ke tak sekarang ini jangan libatkan anak-anak," katanya. 

Hafidz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

Dalam pada itu, Hafidz memaklumkan dia telah memohon maaf atas segala kesilapan lalu, termasuk berkaitan nafkah serta perkara melibatkan emosi dan tanggungjawab yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Malah, dia hanya mahu diberi peluang menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak pernah abai tanggungjawab, Hafidz Roshdi usaha keras cari nafkah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi kecewa hak penjagaan anak kekal kepada bekas isteri, sedih dua tahun tak jumpa

"Awak (Shuhada) ada masalah dengan saya jangan libatkan anak-anak. 

"Anak-anak perlukan seorang bapa juga dan saya dah dapat hak dari mahkamah. 

"Saya minta maaf atas apa terjadi fasal perkara lepas daripada segi kewangan, emosi atau yang terlepas pandang," ujarnya. 

Pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu turut berharap agar tidak dihalang daripada menghubungi anak-anaknya, selain meminta nombor telefon terkini anak sulungnya.

"Luka di hati awak tu Allah saja boleh rawat, saya nak jumpa Umar dan Humairah untuk jalankan tanggungjawab sebagai abah. 

"Jangan sekat atau halang. Saya nak telefon tanya khabar perkembangan mereka. 

Hafidz (kiri) tidak mahu konflik bersama bekas isteri jadi impak kepada anak-anak.

"Sila beri nombor telefon Humairah yang terkini," katanya. 

Pada April 2023, Hafidz memfailkan hadanah penuh terhadap dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam. 

Bagaimanapun, aktor berkenaan gagal mendapatkan hak penjagaan penuh dan hanya diberi hak lawatan sementara sepanjang cuti persekolahan pada Mei tahun lalu. 

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada 27 Julai 2023. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya amta iaitu Humairah, 9, dan Umar, 5 tahun. 

Selepas bercerai, Shuhada memaklumkan dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian di institusi pendidikan. 

Hafidz kemudian kembali bernikah dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain