suria

"Ganteng ya abang" - Suruh jaga ibu berpantang, sekali suami turut 'dijaga'! Wanita geram dapat CL menggeletis

Perkhidmatan CL memudahkan kebanyakan wanita lepas bersalin. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN wanita masa kini lebih gemar mendapatkan perkhidmatan penjagaan khusus untuk ibu selepas bersalin dengan mengupah confinement lady (CL).

Melakukan perkara sama, wanita ini tidak menyangka pakej tujuh hari yang diambil turut meliputi 'penjagaan' suaminya.

Mengimbau semula kejadian ketika tempoh berpantang anak kedua, ujarnya, dia terkejut apabila CL yang diupah sentiasa menanti kepulangan suaminya.

Wanita yang baru melahirkan anak perlu dijaga dengan teliti. -Gambar hiasan AI

Wanita yang baru melahirkan anak perlu dijaga dengan teliti. -Gambar hiasan AI

"Teringat pernah upah CL duduk di rumah selama tujuh hari semasa pantang anak kedua disebabkan bersalin cara pembedahan caesarean.

"Hari pertama okay lagi, masuk hari kedua... dia dah mula tunggu suami aku balik kerja," kongsinya di Thread.

Lebih mengejutkan apabila sepanjang tempoh berurut, CL tersebut cuba mengorek hal peribadi suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh mandi air sejuk, makan lauk masam nak basi! Wanita terseksa berpantang rumah mentua... Nak guna CL tapi dibantah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berpantang ‘silap langkah’ layan CL, terlampau selesa sampai pijak kepala! Tegur sikit merajuk tak bercakap

"Semasa urut tu dia tanya detail pasal suami dan banyak kali sebut ganteng ya abang.

"Dia tahu waktu suami balik kerja jadi dia akan duduk di balkoni sampai suami tiba.

"Kemudian dia cakap abangnya sudah balik... pakej jaga suami sekali rupanya," tambah wanita ini.

  • Wanita terkejut CL yang diupah untuk pantang anak kedua turut menunggu suaminya pulang.
  • CL cuba mengorek hal peribadi suami semasa urut, puji rupa suami.
  • Aktiviti CL termasuk duduk di balkoni tunggu suami balik kerja.
  • Netizen bimbang apabila CL adalah warga asing, takut suami digoda atau berlaku konflik.
  • Cerita itu jadi amaran mengenai risiko upah CL dari luar negara.

Menurutnya lagi, dia cuba menukar CL terbabit dengan membuat aduan bermesej mengenai sikap dan tingkah laku sepanjang tempoh berada di rumahnya.

Namun malangnya, pihak pengurusan syarikat tidak memberi maklum balas atau jawapan kepada mesej yang dihantar.

"Saya ada WhatsApp minta tukar tapi bluetick. Sangat tak recommended, sebab saya baru tahu memang banyak aduan pada syarikat tu.

"Mereka popular sebab artis banyak upah CL, tapi hakikatnya mereka hanya beri layanan baik pada artis je," luahnya lagi.

Warga maya meluahkan rasa bimbang mengenai insiden yang berlaku.

Warga maya meluahkan rasa bimbang mengenai insiden yang berlaku.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meluahkan kebimbangan apabila CL yang dihantar adalah warga asing.

"Hati-hati, bangsa mereka ni suka pikat suami Malaysia, bapa saudara saya yang kaya terus jadi miskin dan ceraikan isteri dia talak tiga selepas terkena mantera.

"Kawan aku ada bibik, selepas bersalin dia upah CL... tiba-tiba bergaduh dua-dua tu sebab nak hidang pinggan suami kawan aku.

"Saya takut dengan mereka dari seberang ni sebab suka guna ilmu hitam," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain