SEORANG pemuda menegur sikap segelintir ibu bapa membawa bayi berusia seawal dua hingga tiga bulan ke acara Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku di Putrajaya pada Sabtu.
Menurutnya, tindakan itu menimbulkan kebimbangan dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesihatan kanak-kanak dalam acara itu yang dihadiri ramai pengunjung.
Tambah pemuda itu lagi, dia hairan apabila melihat ibu bapa tanpa rasa bersalah mendukung bayi dalam cuaca panas dan suasana sesak.
Kanak-kanak seharusnya dibawa ke tempat selamat. -Gambar hiasan AI
"Banyak mak bapa 'bingai', anak baru dua, tiga bulan bawa pergi berjalan kat acara kat Rancakkan Madani ni nak buat apa?
"Duduk rumah la anak baru je lahir, dengan panasnya kat luar.
"Aku tadi nampak beberapa budak kecil yang masih berdukung, maknya bawa masuk bersesak nak join kahoot kat booth," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami bukan jenis suka bersesak” - Suami isteri jelaskan kenapa rela ‘berkicap’ bawa 3 anak ke Dataran Merdeka
ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari ’disumbat’ nuget, kanak-kanak 3 tahun akhirnya derita hidap kencing manis - “Budak tu comel, montel”
Lebih membimbangkan katanya, terdapat juga kanak-kanak yang dipimpin masuk ke ruang tumpuan ramai, sekali gus menimbulkan risiko mereka diasak dengan kasar atau terpisah dalam keadaan sesak.
"Tu belum lagi yang kanak-kanak kecil berjalan kena pimpin ni, bersesak sesak, mak bapa tarik tangan macam tarik upih pinang," katanya yang kesal melihat situasi itu.
- Pemuda menegur ibu bapa yang membawa bayi ke acara sesak di Putrajaya.
- Bayi didukung dalam cuaca panas dan keadaan berasak-asak.
- Kanak-kanak kecil turut berisiko diasak dalam keramaian.
- Pengunjung berharap ibu bapa lebih peka keselamatan anak.
- Netizen mengecam tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Justeru dia berharap ibu bapa membuat pertimbangan sebelum membawa anak kecil ke acara keramaian dan lebih berhati-hati berada di majlis berskala besar, terutamanya dalam cuaca tidak menentu.
Sementara itu netizen berpandangan tindakan ibu bapa sedemikian sememangnya mementingkan diri tanpa memikirkan kesan buruk yang mungkin berlaku kepada anak mereka.
"Fikir la sikit. Sakit nanti, masuk hospital kena cucuk sana, cucuk sini korang juga yang akan merentan.
"Kadang tu tak menyabar masing-masing nak keluar bila habis pantang. Tunggu la enam bulan ke setahun ke nak bawa tempat ramai orang ni," antara komen netizen.
Persekitaran yang sesak boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit. -Gambar hiasan AI
Seorang lagi netizen membangkitkan rasa tidak selesa apabila ada ibu bapa membawa anak mereka di dalam kereta sorong bayi (stroller).
"Betul, yang bawa stroller lagilah 'annoying', rasa 'entitle' kalau bawa stroller tu. Orang lain pun ada 'family' tapi kalau satu tempat penuh stroller sana sini lepas tu berhenti tengah jalan memang serabut.
"Dengan 'pakej' langgar orang lain satu hal. Orang lain je nak kena faham korang bawa stroller?
"Yang dukung bayi lagilah tak faham apa mereka fikir pergi tempat 'crowded'," katanya.
Dalam pada itu seorang wanita memberi saranan buat ibu bapa yang mahu membawa anak kecil.
"Sebenarnya boleh je ibu bapa bawa anak kecil datang program macam ni tapi kena plan datang seawal 9 pagi. Masa tu program baru start orang tak ramai, tak berebut nak bergambar.
"Semalam saya dan husband bawa baby 10 bulan dan toddler 3 tahun. Kami brisk walk dari rumah pukul 8 sebab dekat je. Pukul 10 pagi dah balik sebab baby mengantuk dan orang dah start ramai.
"Kepada ibu bapa yang lain boleh je kita sertai program macam ni. Yang penting rancang perjalanan dan utamakan anak-anak," katanya.


